web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhammad Soleh Berkelana Sertai Akademi Malaga City FC

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 7:25PM

Muhammad Soleh Ahmad Shukri - Gambar Akademi Malaga City FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih ramai ‘ubi muda’ bola sepak negara menjadi perhatian akademi terkemuka Eropah dengan terbaharu, Muhammad Soleh Ahmad Shukri disahkan menyertai Akademi Malaga City FC yang berpangkalan di Sepanyol.

Muhammad Soleh, 17, pemain sayap kanan kelab FC 1Goal dipilih untuk memperkembang bakat serta menimba pengalaman di sana selepas video memaparkan gaya permainannya menarik minat Ketua Analisis Prestasi dan Perekrutan akademi berkenaan.

“Apa pun saya bersyukur dapat dipilih untuk sertai akademi itu dan ia merupakan impian saya untuk memperoleh pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

“Paling utama saya akan cuba meraih seberapa banyak ilmu dalam meningkatkan kemahiran bermain daripada segi teknikal dan taktikal di bawah program disediakan di sana nanti,” katanya kepada Bernama.

Menurut pemain berasal dari Kuala Terengganu itu, impiannya selepas ditempatkan di akademi itu dalam masa sama adalah bagi membuka ruang untuk bergelar pemain bola sepak profesional.

“Kalau ada rezeki saya mahu beraksi buat kelab di Amerika Syarikat kerana di sana corak bermain mereka antara yang berintensiti tinggi,” katanya yang akan berlepas ke Sepanyol pada 29 Dis ini.

Hampir 10 pemain muda negara sebelum ini pernah memasuki akademi bola sepak serta pasukan pembangunan terkemuka selain Muhammad Soleh.

Antara pemain itu ialah Aqil Arazi Aziz di Perancis beraksi dengan akademi AS Cannes, Allee Putra Azril bersama akademi FC Malaga di Sepanyol serta Omar Raiyan Kama Azlan di Serbia dengan kelab Red Star Belgrade. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Impian Jadi Realiti, Muhammad Soleh Teruja Timba Pengalaman Di Sepanyol

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Perlu Fokus Perangi Rasuah, Jaga Kestabilan Politik, Ekonomi

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Azlan Shah Gigih Latih Bakat Muda Permotoran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang