web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Impian Jadi Realiti, Muhammad Soleh Teruja Timba Pengalaman Di Sepanyol

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 7:03AM

Muhammad Soleh Ahmad Shukri - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain muda bola sepak negara, Muhammad Soleh Ahmad Shukri yang dipilih menyertai Akademi Malaga City FC di Sepanyol pernah memasang impian untuk berkelana ke negara itu.

Bagaimanapun pemain sayap kanan kelab FC 1Goal itu mengakui tidak mengetahui cara untuk merealisasikan impiannya itu sehinggalah ia menjadi kenyataan baru-baru ini.

Muhammad Soleh, 17, mendapat tawaran menyertai Akademi Malaga City FC bulan lalu selepas video memaparkan gaya permainannya menarik minat Ketua Analisis Prestasi dan Perekrutan akademi berkenaan.

Anak bongu daripada empat beradik itu yang teruja menimba pengalaman di peringkat antarabanga berlepas ke Sepanyol, semalam ditemani bapanya, Datuk Dr Ahmad Shukri Md Salleh.

“Sebenarnya saya memang ada menyimpan hasrat mahu pergi berlatih di Sepanyol tetapi tidak tahu macam mana (untuk mendapat peluang itu).

“Alhamdulillah, kali ini rezeki saya dapat pergi ke sana,” katanya ketika ditemui selepas majlis menerima sumbangan barangan kesihatan daripada Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut anak jati Terengganu itu, dia menjadikan penyerang sensasi negara, Safawi Rasid dan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo sebagai idola dalam karier bola sepaknya.

“Saya pilih Safawi Rashid sebagai idola, kalau (pemain) luar negara pula Cristiano Ronaldo.

“Kedua-duanya mempunyai kekuatan yang jarang ada dalam diri pemain lain. Mereka lincah semasa di atas padang,” katanya.

Muhammad Soleh berkata, dia amat menggemari hidangan Sepanyol dan berhasrat memasak sendiri makanan tersebut sepanjang berada di sana nanti.

Katanya, ini kerana dia menyedari kesukaran untuk mendapatkan makanan halal di negara itu.

“Ya, saya memang suka makanan Sepanyol seperti pasta. Saya memang rasa nak memasak sendiri apabila di sana nanti.

“Bukan sebab tiada makanan halal, tetapi agak susah untuk mendapatkannya,” katanya.

Muhammad Soleh, 17, mendapat tawaran menyertai Akademi Malaga City FC bulan lalu selepas video memaparkan gaya permainannya menarik minat Ketua Analisis Prestasi dan Perekrutan akademi berkenaan - Gambar Fail
Muhammad Soleh, 17, mendapat tawaran menyertai Akademi Malaga City FC bulan lalu selepas video memaparkan gaya permainannya menarik minat Ketua Analisis Prestasi dan Perekrutan akademi berkenaan - Gambar Fail

Dalam pada itu, Muhammad Soleh yang sudah menamatkan pendidikan menengahnya di sebuah sekolah swasta di sini menegaskan kepentingan pelajaran perlu seiring dengan cita-cita.

“Hakikatnya, pelajaran amat penting untuk pemain bola sepak atau siapa sahaja. Ia sebagai sandaran. Anda perlu fikirkan mengenai perkara ini.

“Macam saya sendiri sudah selesai mengikuti Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) iaitu program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa. 

“Jika berlaku kecederaan yang tidak dijangka, karier kita boleh musnah begitu sahaja,” katanya.

Ditanya sama ada dia meminati gadis Sepanyol, Muhammad Soleh dalam nada berseloroh berkata, dia terbuka jika ditakdirkan bertemu jodoh di negara itu suatu hari nanti.

Bagaimanapun katanya, perjalanannya masih panjang dan tumpuannya ketika ini adalah untuk memantapkan karier bola sepaknya.

“Ada terasa nak cari kekasih di sana tapi keutamaan saya sekarang mahu fokus bermain bola sepak dahulu,” katanya.

Selain Muhammad Soleh, hampir 10 pemain muda negara sebelum ini pernah memasuki akademi bola sepak serta pasukan pembangunan terkemuka antarabangsa termasuk Aqil Arazi Aziz di AS Cannes, Perancis; Allee Putra Azril (Akademi Malaga City FC, Sepanyol) serta Omar Raiyan Kama Azlan di Serbia dengan kelab Red Star Belgrade. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah