web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Damok Buru Kedudukan Terbaik Setiap Perlumbaan Moto3

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 6:00PM

Syarifuddin mahu melakar lebih banyak kejayaan dalam saingan Moto3. - Gambar ihsan SIC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Menamatkan perlumbaan di kedudukan 15 terbaik dalam setiap siri perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia 2023, menjadi sasaran utama pelumba motosikal negara Syarifuddin Azman.

Syarifuddin, yang lebih dikenali sebagai Damok, bakal membuat penampilan sulung dalam kategori Moto3 musim ini, bermula dengan pusingan pertama di Grand Prix (GP) Portugal, pada Mac.

Beliau optimis mampu melakarkan keputusan itu dalam setiap perlumbaan bagi membantunya mengumpul mata, sekali gus mencapai gelaran ‘Rookie of the Year’ (pelumba baharu terbaik).

“Saya sasar dapat habiskan perlumbaan di kedudukan 15 teratas di setiap saingan untuk mendapatkan mata.

“Bagaimanapun usaha keras perlu dilakukan untuk terus kekal berada di kelompok hadapan perlumbaan,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.

Katanya kejayaan meraih podium pada Kejuaraan Dunia JuniorGP 2022 sebelum ini di litar yang sama memberi semangat untuknya sekali lagi menempa kejayaan.

Pelumba berusia 21 tahun itu turut mengesahkan masih mencari penaja bagi membantunya mengharungi perlumbaan kompetitif itu.

“Saya masih lagi menunggu perkembangan terkini pihak pengurusan dan juga masih mencari penaja individu buat diri saya sendiri. Saya harap penaja di luar sana dapat memberikan kerjasama,” katanya.

Pemuda kelahiran Terengganu itu akan menyertai saingan Moto3 bersama pasukan MTHelmets-MSI. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Damok Guna Pengalaman MotoGP 'Gegar' ARRC 2024

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Jelajah 11 bulan yang lalu

JDT Racing Team Pertaruh Hafizh Syahrin Dalam Kemunculan Sulung Sukan Permotoran

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka