web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pensyarah Hebat Di Dapur, Kongsi Pengalaman Memasak Di YouTube

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Apr 2022 9:00AM

Minat memasak sejak kecil lagi mendorong Jamie memulakan saluran YouTube menggunakan nama DR.Maie hampir setahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memasak cukup sinonim dengan golongan wanita tapi siapa sangka tugas di dapur itu hari ini semakin diminati kaum Adam.

Pada masa sama, faktor ketiadaan adik-beradik perempuan dalam keluarga, menjadi pendorong golongan lelaki untuk rajin ke dapur.

Situasi itu turut dihadapi Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil, 56, yang kini menjadikan minat memasak sebagai hobi dan aktiviti di waktu senggang.

Jamaie akan membuat kandungan video memasaknya sekiranya ada waktu terluang.
Jamaie akan membuat kandungan video memasaknya sekiranya ada waktu terluang.

Menurut beliau, kebolehan memasak itu datang sendiri kerana kesemua lapan adik-beradiknya terdiri daripada lelaki.

“Saya anak kelapan dan kesemua adik-beradik saya lelaki. Jadi nak tak nak, kami terpaksa belajar memasak untuk makan.

“Dari situ secara tidak langsung, saya dan adik-beradik lain boleh memasak. Sejak itu, minat memasak tumbuh dengan sendiri dalam diri saya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Lebih menarik, anak kelahiran Tanjong Karang, Selangor itu mendedahkan dia mula diundang untuk memasak di kenduri kahwin pada usia 16 tahun.

“Pada usia 16 tahun, biasanya anak-anak muda buat hal lain, tapi saya pula diajak memasak di kenduri kahwin. Saya selalu membantu tukang masak di kampung ketika itu.

“Kemudian apabila saya sudah berumah tangga dan bekerja, memasak itu aktiviti sampingan yang saya buat bersama masyarakat di taman perumahan dan kampung saya. Kalau ada kenduri, saya diundang jadi ketua tukang masak. Kebiasaannya saya terima jemputan pada hujung minggu sahaja tapi bukan selalulah,” katanya.

Menerusi aktiviti itu, Jamaie berkata, dia secara tidak langsung dapat mempelajari cara masakan suku kaum lain.

“Saya dapat belajar dengan orang berpengalaman dalam masakan pelbagai suku kaum. Ada Banjar, Melayu, Minang dan Jawa.

“Dari situ saya teruskan minat memasak saya untuk kegunaan sendiri, masyarakat sekeliling dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Ayam kampung masak lemak padang antara air tangan istimewa Jamaie.
Ayam kampung masak lemak padang antara air tangan istimewa Jamaie.

Minat tersebut turut mendorongnya untuk memulakan saluran YouTube menggunakan nama DR.Maie yang kini mempunyai hampir 500 pelanggan.

Ketika ramai berlumba-lumba memulakan saluran YouTube untuk mengejar populariti, berbeza pula dengan bapa kepada tiga cahaya mata ini.

Jamaie berkata, dia memulakan saluran YouTube sejak hampir setahun lalu sebagai storan untuk menyimpan video aktiviti memasaknya.

“Saya buat bukan semata-mata untuk glamor. Tidak. Sambil-sambil saya masak pada hujung minggu, ketika itulah saya buat video, ambil gambar kemudian simpan.

“Kiranya YouTube itu sebagai satu storan untuk simpan pengalaman dan boleh dipelajari mereka yang berminat,” katanya.

Katanya lagi, setiap kandungan masakan yang dikongsinya mempunyai keunikan tersendiri untuk menarik penonton.

“Kandungan masak-masak di YouTube saya juga bermula dari yang asas sehinggalah masakan bersifat sederhana, mega dan kenduri-kendara.

“Untuk menjadikan video kelihatan menarik, saya tambah sedikit unsur sejarah, dari mana datangnya masakan tersebut,” katanya.

Isteri dan tiga anaknya sentiasa menyokong minat Jamaie.
Isteri dan tiga anaknya sentiasa menyokong minat Jamaie.

Pada masa sama, Jamaie berkata, keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberi galakan kepada dirinya untuk memulakan saluran YouTube tersebut.

“Sudah tentu isteri dan anak-anak banyak beri sokongan kepada saya untuk simpan pengalaman memasak dalam YouTube. Anak-anak juga banyak beri idea dan bantu hal pengeditan.

“Kemudian kawan-kawan di taman perumahan dan saudara-mara di kampung yang tahu saya boleh memasak. Mereka cadangkan masuk YouTube. Daripada biarkan pengalaman itu berlalu begitu sahaja, jadi saya simpan sebagai kenangan dan untuk dipelajari orang lain,” katanya.

Di sebalik minatnya itu, ilmu tetap menjadi keutamaan sehingga beliau mengejar cita-citanya sebagai seorang pensyarah.

Jamie memulakan kariernya sebagai  tutor di UKM pada April, 1993 sebelum diserapkan sebagai pensyarah tetap di Jabatan Sains Politik, tujuh tahun kemudian.

Sehingga hari ini, beliau yang juga penganalisis politik sudah menghasilkan ratusan penerbitan akademik untuk rujukan pelajar dan generasi baru. - Getaran, 2 April 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

2

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

3

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Pemuda OKU Bukti Mampu Jadi Jurugambar Walau Hidup Serba Kekurangan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kalimah Allah: Jangan Politikkan, Serah Kepada Kebijaksanaan Majlis Raja-Raja

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara