web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

Penerbit tolak dakwaan mahu elak tapisan Lembaga Penapisan Filem

Filem & TV Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Dec 2023 12:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem berjudul Pendatang yang kini sedang ditayangkan di platform YouTube mula meraih perhatian ramai apabila timbul desas-desus bahawa filem terbitan Kuman Pictures dan Tapir Films itu sengaja memilih ‘jalan selamat’ bagi mengelak tapisan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Bagaimanapun, pihak penerbit tampil menafikan dakwaan tersebut. Jelas mereka, sejak dari mula filem ini menyasarkan tayangan secara percuma, tanpa usur komersial.  

“Bukan tak lepas. Sejak kami umumkan pelan untuk bikin #PENDATANGmovie pada Julai 2022, ia memang disasarkan sebagai tayangan percuma dan tanpa unsur komersil,” ulas mereka dengan menyertakan pautan berita daripada akhbar The New Straits Times.

Memetik laporan tersebut, pihak penerbit tanpa berselindung mengatakan bahawa Pendatang akan dihasilkan daripada dana orang ramai dan jika berjaya mengumpul RM300,000, ia akan ditayangkan secara percuma. 

Ketika itu, terdapat enam peringkat sumbangan yang boleh dipilih yang berjumlah AS$10 hingga AS$10,000 (RM44 hingga RM44,520). 

"Kenapa percuma? Sebab ia dibikin 100% dengan duit sumbangan orang ramai, dan bukan duit pelabur yang mahukan pulangan. Dari rakyat ke rakyat," komen pihak penerbit lagi.

Pendatang adalah sebuah thriller distopia yang membayangkan suasana Malaysia apabila setiap kaum dilarang bergaul dengan kaum lain, berikutan satu enakmen undang-undang yang digubal selepas berlakunya rusuhan.

Konflik bermula apabila sebuah keluarga berbangsa Cina yang berpindah ke rumah baru terjumpa seorang budak perempuan Melayu sedang menyorok di situ. Mereka berada di dalam dilema kerana tersepit dengan pilihan yang ada. Jika pihak berkuasa mendapat tahu, mereka akan dihukum penjara 25 tahun. 

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pada Ahad mengesyorkan filem yang diarahkan oleh Ng Ken Kin dan ditulis oleh Lim Boon Siang itu ditayangkan di sekolah. Cadangan itu disuarakan oleh pengerusinya, Datuk Kamil Othman menerusi perkongsian di aplikasi X. 

Bagaimanapun, cadangan beliau itu disangkal oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nur Hafeeza Ahmad Pazil kerana terdapat dialog dan aksi yang berelemen keganasan, selain sindiran rasisme. – Getaran, 28 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

3

Teknovasi 1 tahun yang lalu

TV YouTube Naikkan Harga Langganan, Bersaing Dengan Disney Plus dan Apple TV+

4

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Belajar Melalui YouTube, Zaitun Bantu Keluarga Dengan Jual Donut

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara