web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 9:41PM

Tangkapan layar video YouTube Khairy Jamaluddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya menambat hati rakyat Malaysia menerusi celoteh bersahaja di konti radio, mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menampilkan sisi berbeza yang ada padanya sempena Aidilfitri kali ini.

Buat julung kalinya, mantan Ahli Parlimen Rembau itu mengetengahkan bakat memasaknya untuk tatapan umum menerusi video dimuatnaik di saluran YouTube, Khairy Jamaluddin pada 1 Syawal lalu.

Video berdurasi 21 minit 10 saat itu memaparkan Khairy menyediakan hidangan kegemaran mereka sekeluarga pada malam raya, iaitu itik golek.

Meskipun lebih dikenali sebagai ahli politik dan Menteri Kabinet yang memegang beberapa portfolio penting, Khairy dilihat tidak kekok ketika berada di dapur.

Malah, interaksinya di hadapan kamera juga kelihatan tenang dan bersahaja persis seorang cef selebriti.

Gayanya di dapur sewaktu menyediakan bahan perapan sehinggalah proses memasak itik golek itu, menunjukkan Khairy seolah-olah pandai memasak dan gemar ke dapur.

Lebih mengejutkan, di hujung video tersebut, Khairy turut mempelawa ibunya, Rahmah Abdul Hamid untuk menilai masakan air tangannya itu.

Rahmah berkata, anaknya menyediakan hidangan itu dengan sangat baik.

Very well done (dilakukan dengan sangat baik),” katanya sambil menunjukkan isyarat bagus.

Ketika ditanya Khairy adakah beliau seorang chef atau ahli politik yang lebih baik, ibunya berkata, ‘How do I grade it (bagaimana saya nak menggredkannya) ... tak apalah, apa salahnya nak belajar masakkan.’

Interaksi dan cara Khairy melayan ibunya turut mendapat pujian netizen.

“Kami suka tengok YB dan ibu di dalam video. Dia (ibu) sangat comel. Kami memuji kecekalan anda dalam melakukan sesuatu dengan baik dan percaya anda akan menjadi Perdana Menteri (PM) yang baik suatu hari nanti,” kata Ah Siew Ang.

Dalam pada itu, majoriti netizen memuji Khairy yang berkebolehan dalam semua perkara dilakukannya.

“Jadi chef pun boleh, jadi ahli politik pun boleh. Sangat versatil. Terbaik KJ,” kata Fly Ant G.

“Individu pelbagai identiti. DJ, ahli politik, penyanyi, pelawak dan terkini chef. Salah seorang ahli politik kesukaan saya. Saya harap KJ akan mendapat 100,000 pengikut tidak lama lagi. Syabas!,” kata Liew Pooi Kuan.

“Terbaik KJ. Serba boleh. Boleh jadi chef pula. Semoga tercapai impian anda untuk jadi PM suatu hari nanti,” kata Jus Surani Hamid.

Sementara itu, seorang pengguna YouTube berkata, dia teruja melihat video dihasilkan Khairy meskipun bukan penggemar hidangan berasaskan itik.

“Saya tak makan itik tapi seronok tengok bekas menteri ini serba boleh. Semoga Allah SWT lindungi KJ sekeluarga dari hasad dengki dan fitnah manusia. KJ jangan tinggalkan UMNO, anda adalah aset negara,” kata Yahaya.

Pada masa sama, terdapat netizen yang mengesyorkan Khairy agar berkongsi lebih banyak video memasak selepas ini.

“Jom masak lebih banyak lagi dan kongsi resipi keluarga anda dengan kami. Nanti saya pun nak cuba masak itik golek inilah,” kata Elaine YL.

“KJ, sila buat lebih banyak video memasak,” kata Polka dot.

“Hebat sungguh KJ. Boleh buat program masak-masak pula lepas ni. Penjelasan terperinci dan mengalahkan rancangan masakan yang biasa tengok,” kata Aini.

Sejak dimuat naik pada 22 April lalu, video tersebut sudah mendapat kira-kira 206,000 tontonan di YouTube. – Getaran, 4 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Jom Jalan-Jalan Di Pantai Khobar, Arab Saudi

3

Filem & TV 8 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 11 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan