web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menjadi Doktor Untuk Glamour? Lupakan! - Dr Nasser Abdul Wahab

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 8:29AM

Dr Nasser Abdul Wahab - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lupakan niat bergelar doktor jika apa yang dibayangkan sekadar kerjaya penuh glamour dan bergaji lumayan.

Itu nasihat ikhlas diberikan Pakar Bedah Neuro, Datuk Dr Nasser Abdul Wahab, dalam pertemuan eksklusif bersama Getaran di Hospital Putrajaya di sini baru-baru ini.

Intipatinya jelas, kerjaya doktor menuntut pengertian dan pengorbanan paling dalam, yang tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, lantaran nyawa pesakit menjadi taruhan.

Menurut beliau, ramai kalangan graduan perubatan pada mulanya mengangankan kerjaya yang dipenuhi elemen penuh dramatik dan memikat hati, seperti sering digambarkan di kaca televisyen.

Hakikatnya jelas Dr Nasser, kerjaya itu bermandi keringat dan tulang empat kerat, yang ada ketikanya melangkaui batas pemikiran rasional manusia.

“Apabila yang dibayangkan adalah satu keindahan seperti digambarkan dalam drama-drama bercorak perubatan di televisyen, memang realiti akan menjadi satu kejutan terbesar buat mereka.

“Hidup sebagai doktor secara nyata, tak seindah digambarkan Grey’s Anatomy, atau membolehkan mereka saling berpapasan dengan wira kacak laksana oppa Korea yang menjadi igauan ramai,” katanya.

Fantasi yang tidak seindah realiti ini tegas beliau, antara punca yang menjadikan doktor muda, khususnya di kalangan pelatih dilanda tekanan emosi, dek terkejut dengan bebanan tugas maha berat sebaik memulakan letihan, atau lebih dikenali sebagai housemanship.

“Sering kita dengar kisah burned-out doctors yang mengadu mereka tertekan dengan bebanan tugas ketika tempoh housemanship.

“Ada yang dilanda kemurungan (depresi) malah ada terjebak mengambil tindakan lebih ekstrim. Mengapa? Mungkin tidak semua, namun sejumlah besar di kalangan mereka sebenarnya dilanda kejutan apabila realiti tugas seorang doktor itu terlalu jauh dari apa dibayangkan selama ini,” katanya.

Berpengalaman sebagai 23 tahun sebagai pakar bedah neuro, graduan lepasan institut perubatan di Bangalore, India itu berkata, adalah penting untuk semua pelajar perubatan hanya melanjutkan pengajian mereka dalam jurusan terbabit jika benar-benar didorong oleh minat yang mendalam.

“Sekadar ikut-ikutan tidak akan membantu mereka bertahan lama, malah ada kemungkinan tugas yang dilakukan itu nanti hanya sekadar separuh hati, tiada jiwa dan passion di dalamnya,” katanya.

Gelaran doktor jelas Dr Nasser lagi, bukan tiket untuk bermegah, kerana apa yang tersandar di bahu mereka adalah sejuta harapan pesakit dan ahli keluarga, untuk kembali menikmati satu anugerah iaitu kesihatan.

“Menjadi doktor itu bermakna anda perlu melapangkan hati, mengasuh minda untuk menerima segala kemungkinan.

“Hidup bukan sekadar hamparan mawar mewangi, tetapi dipenuhi ranjau berduri dan seringkali menyakitkan. Melalui cabaran sebagai doktor di balik tabir, tak sama dengan segala hakikat yang terbentang di depan mata,” katanya.

Momen paling sukar ungkap bapa dua anak itu, pastinya ketika mereka perlu menyampaikan berita buruk berhubung kondisi pesakit kepada keluarga atau waris yang sedia menanti.

“Kematian pertama saya hadapi adalah sewaktu melakukan housemanship di Kota Kinabalu, Sabah.

“Ketika itu, ada seorang pesakit kanak-kanak berusia lima tahun menerima rawatan kerana lemas, sebelum akhirnya disahkan mati otak (brain dead). Bayangkan, betapa luluhnya hati apabila saya terpaksa menyampaikan berita buruk berkenaan kepada keluarga pesakit, yang saban hari menanti keajaiban buat anak mereka,” katanya sugul.

Acap kali jelas Dr Nasser, berhadapan kes atau trauma membabitkan pesakit kanak-kanak begitu mendera emosi, apatah lagi dengan naluri sebagai bapa yang pasti tidak tega jika anak sendiri ditimpa musibah seumpama itu.

“Bila kami berhadapan kes membabitkan pesakit kanak-kanak atau bayi, ada yang akan menangis sepuasnya terlebih dahulu bagi memastikan kami mampu memberi rawatan dengan sempurna, tanpa dipengaruhi oleh emosi.

“Menangis bukan kerana doktor ini lemah. Tetapi kerana kami ini juga manusia biasa. Ada adik, anak, anak saudara atau cucu yang disayangi sepenuh jiwa. Biar kebal emosi, apabila berlaku kes menyentuh hati, air mata gugur juga,” katanya, tersenyum pahit.

Abaikan soal emosi, bagaimana pula dengan permasalahan atau konflik semasa yang dilihat kritikal dalam sektor perubatan negara ketika ini?

Tanpa ragu, pakar bedah berperwatakan ceria itu tegas berkata, kewujudan individu yang gemar ‘mengambil alih tugas doktor’ akhir-akhir ini menjadi kerisauan semua pengamal perubatan.

“Sedikit sebanyak, topik ini berkaitan secara langsung dengan perjuangan ramai rakan setugas, yang bermati-matian cuba mendidik masyarakat agar berhenti mendapatkan diagnosis atau meminta nasihat penjual produk.

“Penjual produk bukan doktor. Mereka tidak boleh sama sekali memberikan sebarang diagnosis, apatah lagi mencadangkan rawatan tertentu,” katanya kesal.

Kecewa dengan pemikiran dangkal segelintir rakyat, Dr Nasser berkata, pesakit neuro tidak terkecuali terpedaya dengan permainan penjual produk, apabila sanggup memperjudikan nyawa dan mengambil suplemen tertentu, sehingga mengabaikan nasihat atau rawatan dicadangkan doktor.

“Bukan sekali dua saya berhadapan dengan pesakit yang pada mulanya masih boleh dirawat, tetapi lebih memilih untuk mempercayai produk atau suplemen.

“Akhirnya, mereka datang kembali ke hospital, tetapi dalam keadaan nyawa sudah di hujung tanduk, tanpa ada satu rawatan pun yang boleh memulihkan kembali keadaan itu,” ujar beliau lagi.

Produk atau suplemen katanya, seringkali mengandungi campuran tertentu yang berpotensi menjadikan keadaan pesakit lebih buruk, sekiranya diamalkan.

“Ya benar, doktor bukan Tuhan. Ubat-ubatan hospital juga tiada kuasa ajaib untuk mengganti kembali apa yang hilang, namun bukankah kita disuruh berikhtiar pada yang layak?

“Tolonglah. Jika kereta rosak, anda tahu mencari bengkel. Mengapa jika kesihatan terjejas, penjual produk dan suplemen pula menjadi pilihan? Nyawa tidak dijual beli. Berfikirlah dengan rasional, ada keluarga dan insan tersayang sentiasa menanti anda pulang ke pangkuan mereka dengan sihat,” katanya. – Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sasaran Lantikan Tetap Termasuk Pegawai Perubatan Tamat Latihan Siswazah Berdaftar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara