web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dibalik Tirai Besi, Bekas Ustazah Rindu Anak Terkenang Syawal

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 12:21PM

Mika (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Bachok - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Tatkala mendengar takbir Hari Raya Aidilfitri, perasaan sayu mula menyelubungi jiwa Mika (bukan nama sebenar) apabila terkenangkan wajah keluarga dan anak-anak yang sedang gembira meraikan 1 Syawal.

Mika, 34, berkata walaupun sedang menjalani program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) dua tahun hingga tiga tahun di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok, pengalaman berjauhan dengan keluarga amat menyedihkan namun itulah pengorbanan yang perlu dilaluinya.

"Banyak kenangan... saya rindu ketika menyambut hari raya, saya dapat bayangkan bagaimana saya uruskan empat anak saya berusia 2 hingga 12 tahun buat persiapan raya.

"Teringat abah dan emak yang sentiasa sibuk di dapur sediakan juadah hari raya bersama 11 lagi adik beradik yang lain, selain dapat kumpul beramai-ramai dengan sanak saudara, itulah suasana hari raya yang masih segar dalam ingatan saya," katanya ketika ditemui Bernama di PUSPEN Bachok, di sini hari ini.

Bercerita lanjut, ibu tunggal yang juga merupakan bekas guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) tidak menyangka kehidupannya berubah sekelip mata apabila mula terjebak dengan najis dadah (syabu) ketika berusia 22 tahun angkara pengaruh sahabatnya.

"Saya memang tidak pernah kenal bagaimana rupa dan bentuk dadah jenis syabu sehinggakan pada suatu hari semasa badan saya berasa lenguh, saya telah meminta bantuan daripada kawan saya untuk mencari ubat tahan sakit, dia bagi syabu untuk cuba dan badan saya tiba-tiba berasa lega.

"Rentetan daripada kejadian itu kehidupan saya terus bergelumang dengan dadah dan lama-kelamaan segala kesenangan yang dimiliki seperti kerjaya, kereta, barang kemas dan sebagainya dijual serta digadai begitu sahaja," katanya yang tidak dapat mengawal emosi serta tingkah laku ketika mengambil dadah itu.

Menyedari bahawa dia perlu berubah, Mika akur dengan keputusan keluarga yang menghantarnya ke PUSPEN Bachok untuk menerima rawatan dan pemulihan supaya menjadi insan yang lebih baik.

"Alhamdulillah, sejak saya berada di PUSPEN Bachok banyak perkara serta ilmu yang saya pelajari, malah rakan-rakan yang senasib dengan saya terus berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.

"Saya tidak akan ingat lagi titik hitam yang pernah hancurkan kehidupan saya kerana segala ujian yang dilalui sebelum ini adalah sejarah bagi saya. Kepada penagih-penagih yang masih bebas, ayuhlah kembali ke pangkal jalan, masih belum terlambat lagi untuk berubah," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kastam Sabah Tumpas Seludup Masuk 205kg Syabu Guna Khidmat Kurier

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Penahanan Warga Malaysia: PDRM, Polis Australia Jalin Kerjasama Siasat Kes Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara