web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dulu Ligat Di Padang, Kini Rahman Tasu Hanya Mampu Termenung Di Kerusi Roda 

Kisah Kita Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 12:21PM

gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Berbeza dengan kelibatnya dulu yang ligat di tengah padang, bekas penyerang pasukan Kedah, Abdul Rahman Tasu, 60, kini hanya mampu duduk di kerusi roda sambil mengharapkan ihsan orang lain untuk membantunya menguruskan diri berikutan ujian kesihatan dihadapi. 

Menurut isterinya, Asmanida Ismail, 45, pemain yang mencipta nama pada era 90-an itu sudah tidak mampu bercakap selepas diserang angin ahmar buat kali keempat pada 16 September lalu. 

Katanya, ketika ini dia perlu memberi perhatian 100 peratus kepada Abdul Rahman kerana suaminya itu tidak mampu untuk menguruskan diri. 

Asmanida Ismail menyuapkan bubur kepada suaminya, Abdul Rahman Tasu di kediaman mereka dekat Pekan Langgar.
Asmanida Ismail menyuapkan bubur kepada suaminya, Abdul Rahman Tasu di kediaman mereka dekat Pekan Langgar.

"Ketika diserang angin ahmar buat kali ketiga November tahun lalu, dia masih boleh bersuara dan berjalan menggunakan tongkat. Tetapi setelah diserang penyakit sama buat kali keempat, keadaannya menjadi lebih teruk dan hanya terlantar di katil.

"Selepas diurut seorang lelaki berasal dari Narathiwat, Thailand beberapa minggu lalu, suami berupaya untuk setidak-tidaknya duduk di kerusi roda dan menggunakan sebelah kakinya bagi melonjakkan badan. Keadaan itu sedikit sebanyak meringankan beban menguruskannya, terutama ketika hendak membersihkan diri. 

"Namun, saya masih tetap perlu memberi perhatian penuh kepadanya kerana dia tidak mampu melakukan segalanya sendiri. Hendak minum atau makan pun perlu disuap kerana bimbang cawan atau pinggan dipegang terjatuh," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pekan Langgar dekat sini, hari ini. 

Tambahannya, ketika ini kedua-dua mereka bergantung kepada wang pencen dan sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang keseluruhannya berjumlah RM1,500 sebulan untuk menyara hidup. 

"Wang itu kebanyakannya digunakan untuk keperluan suami saya, terutamanya lampin pakai buang dan keperluan perubatan secara alternatif seperti mengurut bagi kembali memulihkan otot dan sendinya. 

"Sebelum ini saya bekerja sebagai tukang masak, namun disebabkan kekangan masa yang memerlukan saya pulang ke rumah pada waktu tengah hari bagi menguruskan suami, saya terpaksa berhenti kerja," katanya. 

Tambahnya, Abdul Rahman sering terlihat sebak ketika bercakap mengenai perihal bola sepak dan rakan-rakan lamanya dalam bidang itu. 

"Mungkin dia rindukan rakan-rakan dan kenangan zaman dulu," katanya. 

Abdul Rahman adalah sebahagian daripada daripada skuad muda yang mencatat sejarah apabila membawa Kedah menjadi juara dalam acara bola sepak pada edisi pertama Sukan Malaysia (Sukma) 1986 di Kuala Lumpur. 

Selain itu, dia juga adalah sebahagian daripada anggota pasukan Sang Kenari yang meraih kejayaan menjulang Piala Malaysia 1990. 

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Rakyat Abdul Rahman bernombor 2212992000 atau menghubungi Asmanida di talian 016-2816689. - Getaran 21 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara