web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tuntut Ilmu, 400 Pelajar Gigih Daki Puncak Bukit Demi Internet

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 9:16PM

Pelajar ini terpaksa mendaki puncak bukit untuk mendapatkan capaian internet bagi membolehkan mereka mengikuti sesi PdPR di Kampung Bahagia, Kuala Krai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI – Demi meraih ilmu untuk menjamin masa depan, sekumpulan 400 pelajar sekolah, termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari lima kampung di sini gigih mendaki puncak bukit Kampung Bahagia di sini demi mendapatkan capaian internet.

Bukan sekadar mendaki, mereka juga terpaksa menempuh perjalanan sejauh lima kilometer, termasuk dihantar oleh ibu bapa masing-masing.

Pendakian ke puncak bukit pula mengambil masa lebih 15 minit, bagi membolehkan mereka mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Daripada jumlah itu, seramai 200 pelajar dan penuntut universiti adalah dari Kampung Bahagia, manakala selebihnya dari kampung Sungai Rimau, Raba, Mambong dan Johol.

Difahamkan, puncak bukit Bahagia adalah satu-satunya lokasi yang mampu memberikan capaian internet berkelajuan tinggi sehingga kawasan itu menjadi tumpuan.

Ia turut  dilengkapi dengan dua bangsal yang dibina oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah.

Pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab SMU(A) Saadatul Qura, Mimi Aina Syahira Muhamad, 17, berkata, setiap hari, dia menunggang motosikal kira-kira lima kilometer untuk ke puncak bukit itu bagi mengikuti PdPR.

"Setiap kali mengikuti PdPR atau menyiapkan kerja sekolah, saya dan rakan-rakan akan naik ke kawasan ini memandangkan liputan internet di lokasi ini sangat laju.

"Di rumah, susah nak dapat capaian internet dan saya serta rakan terpaksa menempuh pendakian ini demi menuntut ilmu," katanya yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2021 tahun depan.

Pelajar ini tiada pilihan kecuali mendaki bukit bagi mendapatkan capaian internet memandangkan kawasan kampung mereka tiada liputan internet.
Pelajar ini tiada pilihan kecuali mendaki bukit bagi mendapatkan capaian internet memandangkan kawasan kampung mereka tiada liputan internet.

Pelajar Tingkatan 3 SMU (A) Saadatul Qura, Siti Aisyah Radhiah Ramli pula berkata, lokasi tersebut sering kali meriah kerana dipenuhi ratusan pelajar yang belajar di situ.

Katanya, capaian internet di puncak bukit itu dapat membantunya untuk belajar kerana kawasan kampungnya tiada liputan internet.

"Pengalaman yang saya tidak boleh lupakan, apabila pernah cedera di kaki selepas terjatuh daripada motosikal ketika dalam perjalanan ke puncak bukit, kerana melalui jalan balak yang tidak rata.

"Saya berharap pihak berkaitan dapat menyelesaikan masalah capaian internet di kawasan kampung saya dengan membina menara telekomunikasi," katanya.

Siti Aisyah berkata, walaupun perlu berdepan kesukaran kerana belajar secara dalam talian, dia dan rakan-rakan tetap gembira kerana dapat belajar secara berkumpulan. – Getaran, 29 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 6 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara