web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


300KG Cencaru, 5 Minit Licin

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2021 3:21PM

Orang ramai berkumpul seawal jam 9.30 pagi di hadapan Masjid Wakaf Tembusu untuk mendapat ikan cencaru percuma sumbangan seorang usahawan muda.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Hampir 300 kilo ikan cencaru yang diedarkan oleh usahawan muda Muhamad Shafiq Hidayat, 24 kepada penduduk yang terkesan di sini habis hanya dalam tempoh lima minit saja.

Pemuda itu berkata, dia sendiri tidak menyangka niatnya untuk memberi sumbangan mendapat sambutan luar biasa malah ramai terpaksa pulang kehampaan kerana bekalan ikan yang sudah habis.

“Saya memang terkejut sebab sambutannya luar dari jangkaan. Saya tak sangka sebab dari jam 9.30 pagi lagi orang ramai dah berkumpul menunggu dan 300 kilo ikan habis dalam masa lima minit saja,” katanya ketika ditemui media di hadapan Masjid Wakaf Tembusu, di sini.

Ditanya apa yang mendorongnya untuk memberi sumbangan tersebut, Muhamad Shafiq memberitahu, idea itu tercetus sewaktu berada di Besut dan Jertih minggu lalu, apabila melihat ramai penduduk terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Melihat suasana tersebut, anak muda pemilik butik Elrah Exclusive itu terpanggil untuk berkongsi rezeki.

Menggunakan wang hasil keuntungan perniagaan, beliau membeli 500 kilo ikan cencaru untuk diedarkan selama dua hari iaitu di Batu Buruk (semalam) dan hari ini di sini.

“Saya lihat ramai yang terjejas sebab PKP. Jadi sebab itu saya nak bantu. Saya pun anak jati Terengganu jadi semangat untuk berbakti, menyumbang di tanah kelahiran saya sendiri itu sangat kuat, itulah yang mendorong saya,” katanya.

Tambahnya, idea memberi ikan timbul kerana hidupan laut tersebut amat dia sinonim dengan penduduk negeri terbabit.

“Sebelum ini ada juga saya beri barang keperluan seperti beras dan gula.

“Cuma kali ini saya terfikir nak bagi ikan sebab ikan ini makanan harian masyarakat Terengganu, tapi ada sesetengah yang kurang bernasib, baik nak beli ikan (pun) tak mampu sebab mahal,” katanya yang berharap dapat membuka mata lebih ramai anak muda berkemampuan sepertinya untuk tampil membantu golongan tidak bernasib baik.

Pada masa sama usahawan itu berkata, tidak mudah sebenarnya untuk memberi sumbangan dalam tempoh PKP kerana perlu berdepan beberapa cabaran supaya tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Sebenarnya tadi kita tak sangka terlalu ramai orang. Sebab semalam bila kita edarkan ikan, keadaan tenang dan orang ramai memang jaga penjarakan tapi hari ini berbeza situasi.

“Tapi ini pengalaman dan pengajaran yang saya dapat, dan lepas ini kita akan tahulah macam mana nak mengawal situasi seperti ini,” katanya.

Ternyata cabaran seperti itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus menyumbang kepada penduduk setempat, malah memberi jaminan, ia akan diadakan seberapa kerap yang boleh.

“Doakan saya dimurahkan rezeki agar saya boleh meneruskan usaha ini,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara