web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saravanan And Brothers Aktif Bantu Masyarakat Setempat Terkesan Dengan COVID-19

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 9:41PM

Barangan keperluan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini sememangnya benar-benar berpegang pada slogan ‘kita jaga kita’ yang sering dilaungkan di saat Malaysia berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang, mereka gigih menghulurkan bantuan bagi membantu golongan memerlukan.

Berbekalkan semangat persaudaraan itu, sekumpulan individu nekad menggerakkan bantuan bekalan barangan keperluan asas di sekitar ibu kota.

Wakil kumpulan berkenaan, Saravanan Vijayratnam, 44, berkata, mereka tidak diwakili sebarang pertubuhan atau persatuan berdaftar khas bagi menggerakkan projek berkenaan.

Sukarelawan membantu menyusun barang keperluan untuk diagihkan.
Sukarelawan membantu menyusun barang keperluan untuk diagihkan.

Petugas sektor keselamatan itu berkata, semua barangan keperluan itu dibeli menggunakan duit yang dikutip daripada 20 rakan-rakannya.

“Kami berkongsi duit untuk membeli barangan basah dan kering bagi kegunaan keluarga memerlukan.

“Setakat ini sebanyak 350 keluarga terdiri daripada penduduk PPR di sekitar kawasan Setapak sudah menerima bantuan masing-masing,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau memberitahu, sebanyak 200 keluarga lagi yang mendiami Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin di sini menerima bantuan tersebut hari ini.

Bantuan disalurkan kepada semua yang memerlukan tanpa kira agama ataupun bangsa.
Bantuan disalurkan kepada semua yang memerlukan tanpa kira agama ataupun bangsa.

Bantuan berupa barangan keperluan harian seperti beras, telur, gula, tepung gandum, bihun, biskut serta barangan basah iaitu ayam, ikan dan sayur-sayuran diserahkan kepada penduduk, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

“Kami akan memastikan proses pengagihan dibuat dengan mematuhi semua peraturan, khususnya penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian, penglibatan komuniti setempat dapat membantu memastikan tiada pihak terlepas daripada menerima bantuan, walaupun pelbagai agensi lain turut menghulurkan sumbangan.

“Sokongan dan kerjasama rakan-rakan adalah penggerak utama Saravanan and Brothers, dan kami berbangga dapat melakukan kerja amal seperti ini.

“Sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, boleh berhubung dengan kami menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-3882626,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara