web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelab Penyokong Liverpool Beri Sumbangan Kepada 600 Penduduk Puchong

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 4:15PM

Ahli kelab penyokong Liverpool Malaysia, KL Kopites, bergambar selepas memberi sumbangan kepada 600 penduduk Puchong. - Gambar dari Facebook KL Kopites

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan nasib mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Kelab Rasmi Penyokong Liverpool FC tidak ketinggalan untuk memberikan sumbangan kepada 600 penduduk Puchong.

Presiden kelab berkenaan yang juga pengasas KL Kopites, Sashi Nair berkata, menerusi Program ‘KL Kopites Care 2021’ yang dilancarkan oleh kelab penyokong LFC itu, sedikit sebanyak memberi nafas lega buat keluarga yang memerlukan.

Sashi Nair
Sashi Nair

“Menjadi tanggungjawab kami dan juga anggota lain untuk membantu komuniti yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Keputusan ini dibuat atas bersama anggota lain, dengan memberikan sumbangan Bakul Makanan berupa makanan asas dan bekalan makanan kering,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook KL Kopites.

Ahli KL Kopites mengagihkan bantuan kepada penduduk Puchong. - Gambar dari Facebook KL Kopites
Ahli KL Kopites mengagihkan bantuan kepada penduduk Puchong. - Gambar dari Facebook KL Kopites

Program “KL Kopites Cares 2021” dilancarkan pagi semalam dengan pengedaran Bakul Makanan oleh LFC kepada 600 penduduk Puchong.

“Penyerahan bakul makanan telah dilakukan oleh ahli KL Kopites atau ahli kelab Liverpool FC dengan bantuan YB Senator Datuk T Mohan dan saudara Samsudin Yusof wakil Pemuda Puchong.

Jelas Sashi lagi, inisiatif murni seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang.

“Terima kasih juga kepada ahli kelab penyokong LFC atas sumbangan yang diberikan, kerana telah menjayakan aktiviti seperti ini,” katanya - Getaran, 25 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara