web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perang Di Sudan: Pihak Terlibat Setuju Gencatan Senjata Dilanjutkan 72 Jam

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 12:02PM

RSF memaklumkan pihaknya bersetuju dengan lanjutan gencatan senjata untuk membuka laluan kemanusiaan, memudahkan pergerakan rakyat dan membolehkan mereka mendapatkan keperluan mereka dan mencari perlindungan di kawasan selamat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KHARTOUM - Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada Ahad mengumumkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata baharu selama 72 jam, berkuat kuasa tengah malam Ahad.

“Berdasarkan usaha dan permintaan Saudi-Amerika yang menjadi perantara, Angkatan Tentera bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata tambahan selama 72 jam,” menurut tentera dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Tentera menyuarakan harapan bahawa pihak RSF turut mematuhi gencatan senjata itu.

Sementara itu, RSF dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa "sebagai tindak balas kepada seruan antarabangsa, serantau dan tempatan, kami mengisytiharkan lanjutan gencatan senjata kemanusiaan tambahan 72 jam, mulai tengah malam hari ini".

RSF memaklumkan pihaknya bersetuju dengan lanjutan gencatan senjata untuk membuka laluan kemanusiaan, memudahkan pergerakan rakyat dan membolehkan mereka mendapatkan keperluan mereka dan mencari perlindungan di kawasan selamat.

Kenyataan itu menekankan komitmen RSF terhadap syarat-syarat kemanusiaan dan gencatan senjata sepenuhnya.

Pada Ahad juga, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan memaklumkan penutupan ruang udara negara itu akan dilanjutkan hingga 13 Mei.

Penerbangan untuk bantuan kemanusiaan dan pemindahan dikecualikan selepas mendapat permit daripada pihak berkuasa berkaitan dan kelulusan Angkatan Tentera Sudan.

Sudan menyaksikan pemindahan warga asing dan diplomat melalui udara, darat dan laut secara besar-besaran sejak meletusnya pertempuran antara tentera dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April.

Setakat ini, pertempuran itu telah menyebabkan lebih 500 orang terbunuh dan lebih 4,000 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Sudan. - Bernama-Xinhua

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Gaza: Israel Hilang Sokongan Dunia - PM Ireland

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Malaysia Sokong Resolusi UNGA Tuntut Gencatan Senjata Di Gaza

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tehran, Khartoum Setuju Pulihkan Hubungan, Buka Semula Kedutaan

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Angka Kematian Di Sudan Meningkat Kepada 850 Orang 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka