web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tehran, Khartoum Setuju Pulihkan Hubungan, Buka Semula Kedutaan

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 8:00AM

Pertemuan antara dua “diplomat tertinggi” itu adalah yang pertama antara kedua-dua negara sejak Sudan dan Iran memutuskan hubungan diplomatik pada 2016. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEHRAN - Menteri Luar Iran pada Sabtu berkata Tehran dan Khartoum bersetuju untuk menyambung semula hubungan dua hala dalam masa terdekat, lapor Xinhua.

Hossein Amir-Abdollahian membuat kenyataan itu pada sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Algeria, Ahmed Attaf  di Tehran, lapor Agensi Berita IRNA.

Beliau mengulas mengulas mengenai pertemuan dengan pemangku Menteri Luar Sudan Ali al-Sadiq di luar mesyuarat Biro Penyelaras Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Baku, Azberjan, awal minggu ini.

Pertemuan antara dua “diplomat tertinggi” itu adalah yang pertama antara kedua-dua negara sejak Sudan dan Iran memutuskan hubungan diplomatik pada 2016.

Tehran dan Khartoum bersedia untuk bersetuju dengan rangka kerja dan mengambil langkah perlu untuk menyambung semula hubungan diplomatik dan membuka semula kedutaan di ibu negara masing-masing dalam masa terdekat, katanya kepada pemberita.

Pada Khamis, Amir-Abdollahian menulis di Twitter, perbincangan beliau dan al-Sadiq di Baku menyentuh mengenai hal untuk menyambung semula hubungan diplomatik secepat mungkin. 

Pada sidang akhbar itu, Menteri Iran itu berkata konflik Sudan menjadi kebimbangan bersama Tehran dan Algeria, kedua-dua negara menggesa kedua-dua puak yang berperang di Sudan meletakan senjata dan berdialog untuk menyelesaikan konflik.

Sudan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran pada 2016 berikutan tindakan Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Tehran pada tahun yang sama.

Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran pada awal 2016 sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas misi diplomatik Arab Saudi di Iran selepas kerajaan itu menghukum mati seorang ulama Syiah. - Bernama-Xinhua

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Operasi Cari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global