web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 8:15PM

Kamal Adli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Peguam yang mewakili seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli memberitahu Mahkamah Singapura bahawa beliau telah meminta jabatan penjara republik itu dan Institut Kesihatan Mental (IMH) menjalankan satu lagi penilaian psikiatri ke atas anak guamnya.

Wee Hong Shern dari Ong & Co. LLC berkata beliau telah membuat permintaan itu pada 4 Julai dan kini menunggu laporan penjelasan daripada IMH atau “sekurang-kurangnya penjelasan daripada penjara”.

“Dalam temu bual saya (dengan tertuduh) nampaknya ada isu dengan laporan perubatannya... perkara yang tidak sepadan.

“Saya bukan pakar, oleh itu saya minta pihak penjara dan IMH membuat penilaian lain ke atasnya (tertuduh). Hasilnya akan lebih baik jika kita mendapat penangguhan yang lebih lama,” katanya.

Hakim Daerah Terence Tay yang mendengar permohonan itu berkata beliau "lebih suka memberikan penangguhan yang lebih singkat" dan menetapkan tarikh baharu pada 31 Julai untuk sebutan kes itu.

Tay mengekalkan tiada jaminan ke atas tertuduh.

"Apabila saya melihatnya, (dia) agak berbeza daripada laporan perubatan...nampak (rasa) sesal," kata Wee ketika didekati Bernama di luar bilik mahkamah.

"Semoga kami dapat melakukan diagnosis baharu sekali lagi. Saya sudah memintanya. Saya harap mereka bersetuju,” jawabnya.

Tertuduh muncul menerusi pautan video pada Isnin. 

Pada Mac lepas, mahkamah memerintahkan lelaki itu direman selama tiga minggu untuk menjalani penilaian psikiatri di institut itu.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana “disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya secara sukarela”.

Dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya.

Pada 12 Mac, polis dimaklumkan tentang satu kes di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa menyerang seorang pelakon berusia 36 tahun, dengan baton yang kemudiannya dirampas oleh polis sebagai bahan bukti kes.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk menyertai acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura apabila insiden itu berlaku pada penghujung acara.

Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka bersedia untuk meneruskan kes itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah