web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Kanada Umum Berpisah Dengan Isteri

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 12:50PM

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan perpisahan dengan isteri, Sophie hari ini. gambar Facebook Justin Trudeau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TRENTON (Kanada) -- Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Rabu mengumumkan beliau dan isterinya Sophie akan berpisah selepas 18 tahun berkahwin.

“Saya dan Sophie ingin berkongsi fakta bahawa selepas banyak perbincangan bermakna dan sukar, kami telah membuat keputusan untuk berpisah,” kata Trudeau di Instagram, lapor Agensi Anadolu.

Trudeau, 51, yang menjadi perdana menteri sejak 2015 dan Sophie Gregoire Trudeau, 48, berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Perpisahan itu berjalan dengan baik.

“Seperti biasa, kami kekal sebagai keluarga yang rapat dengan kasih sayang dan rasa hormat yang mendalam antara satu sama lain dan untuk semua yang telah kami bina dan akan terus bina,” katanya.

Satu kenyataan dari pejabatnya berkata: "Mereka kekal sebagai keluarga rapat dengan Sophie dan Perdana Menteri memberi tumpuan untuk membesarkan anak-anak mereka dalam persekitaran yang selamat, penyayang dan bekerjasama."

"Kedua-dua ibu bapa akan sentiasa hadir dalam kehidupan anak-anak mereka dan rakyat Kanada boleh menjangkakan untuk sering melihat keluarga ini bersama-sama". - BERNAMA-AGENSI ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah