web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SpaceX: NASA Hantar 4 Lagi Angkasawan Ke Orbit

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2023 11:06AM

Pelancaran SpaceX berlangsung pada 3.27 pagi EDT (0727GMT) dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Empat anggota kru antarabangsa kini berada di orbit susulan kejayaan pelancaran ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Sabtu.

Pelancaran berlangsung pada 3.27 pagi EDT (0727GMT) dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, NASA.

NASA berkata misi SpaceX Crew-7 NASA itu merupakan misi penggiliran kru komersial ketujuh ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Roket SpaceX Falcon 9 mogul teknologi Elon Musk melancarkan kapal angkasa Dragon ke orbit membawa seorang angkasawan NASA bersama angkasawan Agensi Angkasa Eropah, angkasawan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun dan angkasawan Rusia untuk ekspedisi sains di makmal orbit.

"Kru akan menjalankan lebih daripada 200 eksperimen sains dan demonstrasi teknologi untuk mempersiap misi ke Bulan, Marikh dan seterusnya," kata Pentadbir NASA Bill Nelson.

Menurut kenyataan itu, kapal angkasa Dragon – Endurance – akan mendarat secara autonomi di stesen yang menghadap ke angkasa pada 8.39 pagi (1239GMT) Ahad.

Kru Endurance akan menyertai kru Expedition 69 angkasawan NASA dan angkasawan Roscosmos di stesen angkasa, katanya.

Menurut NASA, dengan ketibaan SpaceX Crew-7, bilangan anak kapal di ISS akan meningkat kepada 11 orang sehingga anggota Crew-6 puLang dalam tempoh beberapa hari. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Korea Utara Dakwa Berjaya Lancar Satelit Pengintip Ke Orbit

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'