web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Korea Utara Dakwa Berjaya Lancar Satelit Pengintip Ke Orbit

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 7:35PM

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un memantau pelancaran satelit pengintip pertama Korea Utara ke orbit, semalam. gambar FB CGTN Global Watch

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Korea Utara mendakwa berjaya menempatkan satelit pengintip pertamanya ke orbit pada Selasa selepas beberapa percubaan gagal, kata agensi angkasa lepasnya.

Pentadbiran Pembangunan Aeroangkasa Nasional Korea Utara berkata, satelit Malligyong-1 dilancarkan dari kemudahan pelancaran satelit Sohae pada jam 10.42 malam (13:42 GMT) dan memasuki orbit pada jam 10.54 malam (1:354 GMT), lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita KCNA.

Kim Jong-un secara peribadi menyelia pelancaran satelit pengintip itu pada Selasa.

Pelancaran itu dibuat selepas lawatan rasmi pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un ke Rusia pada September yang menyaksikan hubungan antara kedua-dua negara diperingkatkan, termasuk dalam sektor pertahanan.

Sebanyak dua pelancaran satelit Korea Utara pada Mei dan Ogos lepas menemui kegagalan.

Sebelum pelancaran, tentera Korea Selatan mengesan roket yang membawa satelit itu ke angkasa dan Pengawal Pantai Jepun memberi amaran kepada kapal-kapal di rantau itu mengenai bahagian roket yang berpotensi jatuh.

Pelancaran satelit Pyongyang itu kemudian mencetuskan kecaman dari Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang menyifatkan langkah berkenaan mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 tahun yang lalu

SpaceX: NASA Hantar 4 Lagi Angkasawan Ke Orbit

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah 'Money Heist' Korea Sedia Dikecam

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelajar Dihukum Tembak Sampai Mati Kerana Jual ‘Squid Game’

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Korea Utara Batal Sertai Olimpik, Kata Kementerian Sukan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah