web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelajar Dihukum Tembak Sampai Mati Kerana Jual ‘Squid Game’

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 12:25PM

Squid Game berjaya menarik minat rakyat Korea Utara kerana plotnya mirip dengan kisah hidup penduduk di negara itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang pelajar di Korea Utara dijatuhi hukuman tembak sampai mati setelah didapati bersalah menjual filem cetak rompak terbitan Netflix yang menjadi kegilaan dunia, Squid Game.

Pelajar itu dikatakan berjaya menyeludup filem tersebut ke dalam negara Komunis itu menerusi pemacu USB yang disembunyikannya ketika memasuki negara itu dari China.

Menurut laporan Radio Free Asia (RFA) pelajar tersebut ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dikesan menjual filem cetak rompak itu kepada beberapa individu, termasuk rakan-rakannya.

“Kejadian ini berlaku pada minggu lepas apabila pelajar terbabit menonton Squid Game bersama dengan rakan karibnya.

“Mereka ditangkap setelah pihak berkuasa mendapat maklumat risikan tentang hal itu,” jelas seorang pegawai polis kepada RFA.

Malah, seramai tujuh lagi pelajar yang menonton Squid Game secara rahsia turut dihukum manakala beberapa cikgu di sekolah terbabit juga telah dipecat.

Lapor RFA lagi, salah seorang daripada pembeli filem cetak rompak itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, manakala, rakannya yang turut serta menonton bersamanya dihukum untuk melakukan kerja berat selama lima tahun.

Difahamkan, pihak berkuasa sedang melaksanakan operasi pencarian bahan-bahan media dari negara asing di sekolah terbabit memandangkan ianya dikategorikan sebagai barang terlarang di negara tertutup itu.

Meskipun dibelenggu undang-undang penapisan yang ketat, Squid Game didapati telah tersebar luas dalam kalangan rakyat Korea Utara yang dikongsi menerusi pemacu USB dan kad ingatan kilat (SD Card).

Menurut sumber, Squid Game berjaya menarik minat rakyat Korea Utara kerana plotnya mirip dengan kisah hidup penduduk negara itu yang hidup di bawah pemerintahan diktator. - Metro UK.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Korea Utara Dakwa Berjaya Lancar Satelit Pengintip Ke Orbit

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Mengapa Pengumuman Barisan Pelakon Musim Kedua 'Squid Game' Mendapat Kecaman Netizen?

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Dikaitkan Isu Gangguan Seksual, Kerajaan Korea Padam Iklan Papar Wajah Pelakon 'Squid Game'

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Squid Game' Menang Pengarah, Pelakon Drama Bersiri Terbaik Di Emmys

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang