web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serangan Diperluas Dengan Hospital, Kem Pelarian Terus Disasar

Luar Negara Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 10:59AM

Tentera Israel memperluaskan serangan terhadap Palestin sejak semalam. - gambar Agensi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA – Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia yang beroperasi di wilayah bergolak itu menjadi ‘mangsa’ terkini serangan udara oleh Israel, semalam.

Laporan Agensi yang memetik Al-Aqsa TV, memaklumkan, kedua-dua hospital itu terletak di bahagian utara Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai jumlah mangsa terbabit serangan berkenaan.

Serangan berkenaan juga dikatakan menyasarkan kem pelarian al-Bureij yang terletak di bahagian tengah Gaza.

Pada masa sama, ia melaporkan pertempuran berlaku antara pejuang Palestin dan tentera Israel di bahagian utara Gaza dalam usaha menghalang cubaan rejim itu memasuki wilayah berkenaan.

Tentera Israel meluaskan serangan udara dan daratnya terhadap Gaza mulai semalam selepas serangan rentas sempadan dimulakan Hamas sejak 7 Oktober lalu.

Kerajaan Israel bertindak balas dengan serangan udara dan artileri tanpa gangguan terhadap Semenanjung Gaza selain mengumumkan ia mempersiapkan serangan darat untuk mengusir Hamas.

Lebih 8,700 penduduk terbunuh dalam konflik berkenaan, iaitu 7,326 rakyat Palestin manakala 1,400 adalah warga Israel.

Ketika ini, kira-kira 2.3 juta penduduk Gaza berdepan kekurangan bekalan makanan, air dan ubatan susulan serangan udara besar-besaran serta sekatan menyeluruh yang dilaksanakan Israel.

Sementara itu, Agensi juga melaporkan tentera Israel menyerbu bandar Jenin and Qalqilya di utara Tebing Barat, menyebabkan empat rakyat Palestin terkorban manakala 12 lagi cedera.

Tebing Barat ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin.

Agensi berita tempatan melaporkan sepasukan besar tentera Israel memasuki Jenin dari pelbagai arah bersama-sama 40 kenderaan tentera dan dua jentolak, menyerbu beberapa bangunan dan rumah penduduk.

Serangan itu dikatakan bertumpu di sekitar Hispital Ibn Sina di kejiranan Zahra di bandar itu dan di pinggir kem pelarian Jenin.

Selain itu, penembak tepat juga ditempatkan di atas bangunan, dengan liputan udara intensif menggunakan dron.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat sejak pertempuran antara kumpulan Palestin dengan tentera Israel di Gaza bermula pada 7 Oktober lalu.

Setakat ini, seramai 110 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak 7 Oktober manakala seramai 1,900 lagi mengalami kecederaan. – Getaran, 28 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

4 bulan yang lalu

Anak Azhar Sulaiman, Leona Akui Tak Sependapat Dengan Ayah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi