web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Lubnan Gesa 'Pakej Komprehensif' Untuk Laksanakan Resolusi 1701 PBB

Luar Negara Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Dec 2023 1:56PM

gambar FB PBB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIRUT - Menteri Luar Lubnan, Abdullah Bou Habib pada Jumaat menggesa 'pakej komprehensif' untuk melaksanakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk pengunduran Israel dari kawasan yang diduduki di Lubnan dan menghentikan pencerobohan darat, maritim dan udara.

Beliau menegaskan bahawa tiada keamanan menyeluruh tanpa Palestin, semasa pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Jerman Annalena Baerbock di Berlin, lapor Agensi Anadolu, memetik Kementerian Luar Lubnan.

“Inisiatif Keamanan Arab yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak Beirut 2002 berdasarkan prinsip penubuhan negara Palestin yang merdeka adalah kunci kepada keamanan dan kestabilan di rantau kita,” katanya.

Habib menyatakan rasa terima kasih kepada pihak berkuasa Jerman atas sokongan mereka kepada Lubnan dan sumbangan kepada Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).

Pada 11 Ogos 2006, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara menerima Resolusi 1701 yang menyeru untuk menghentikan sepenuhnya permusuhan antara Lubnan dan Israel.

Dari 2006 hingga Oktober 2023, sempadan di selatan Lubnan telah menyaksikan kestabilan yang ketara, walaupun berlaku pencerobohan sekali-sekala.

Tetapi sejak Hezbollah terlibat dalam konflik Gaza dengan menyerang kedudukan tentera Israel di kawasan bersempadan dengan Lubnan, Israel bertindak menyerang bandar-bandar di selatan negara itu, mencetuskan kebimbangan.

Sebagai solidariti dengan Gaza, Hezbollah dan kumpulan-kumpulan Palestin di Lubnan telah berbalas serangan pada setiap hari dengan tentera Israel sejak 8 Oktober. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Luar Negara 6 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah