web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Arab Saudi Catat Kehadiran 1.8 Juta Jemaah Haji Seluruh Dunia

Luar Negara Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 4:24PM

Inisiatif ‘Makkah Route’ memberi manfaat yang besar kepada ramai jemaah haji - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Musim haji 1445H merekodkan kedatangan 1.8 juta jemaah seluruh dunia.

Mengikut statistik Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, kedatangan jemaah luar negara yang menaiki penerbangan mencatatkan jumlah terbesar iaitu 1.5 juta.

Jemaah yang menaiki kapal menduduki senarai kedua tertinggi  dengan merekodkan 60,251 kehadiran.

Ia diikuti jemaah yang menggunakan laluan darat iaitu 4,714.

Berdasarkan statistik, jemaah dari negara-negara Arab mencatatkan 22.3 peratus kehadiran, diikuti negara dari benua Afrika, 11.3 peratus.

Merekodkan peratus tertinggi ialah jemaah dari negara benua Asia iaitu 63.3 peratus.

Negara Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia pula mencatatkan kehadiran 3.2 peratus jemaah.

Statistik itu juga memberitahu, sebanyak 322,901 memperoleh manfaat hasil pelaksanaan Inisiatif Makkah Route tahun ini.

Terdahulu, Agensi Berita Saudi melaporkan, lebih 300,000 jemaah dilarang memasuki Makkah tahun ini oleh kerajaan Arab Saudi kerana tidak memiliki permit yang sah untuk menunaikan ibadah itu.

Jumlah tersebut mencakupi 153,998 individu yang tiba dengan visa pelancong.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dipetik sebagai berkata, 140 kempen haji palsu dah 64 operator telah ditahan sejak seminggu lalu kerana melanggar arahan dan peraturan haji tahun ini.

Jelas beliau, 97,664 kenderaan membawa jemaah tanpa permit yang sah turut diarah meninggalkan Makkah. - Getaran, 16 Jun 2024

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 22 jam yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Semasa 17 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Sukan 1 hari yang lalu

Liga Super: Selangor Naik Tangga Kedua, Kijang Emas Raih Kemenangan Sulung