web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 8:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Takluk Cinta' - Hafiz Suip

Penyanyi bersuara lunak Hafiz Suip kembali mempertaruhkan sebuah lagi balada berjudul 'Takluk Cinta'. Dicipta dan ditulis sepenuhnya oleh Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves, lagu ini mirip beberapa karya yang sudah sering kita dengar sebelum ini. Lagunya sedap namun tidak luar biasa jika dibandingkan dengan lagu-lagu Hafiz sebelum ini yang pernah menjuarai carta dan anugerah. Walau bagaimanapun oleh kerana lagu ini dijadikan runut bunyi ia mungkin ada harapan yang baik untuk menjadi popular jika diberi putaran radio yang tinggi. Suara Hafiz yang sememangnya mengasyikkan membantu untuk memberi nyawa kepada lagu ini, namun korusnya yang kurang menyerlah akan membuat ia menjadi lagu yang sukar diingati.

 

'Cinta Hati' - Araf Aziz

  

Pendatang baru Araf Aziz muncul dengan 'Cinta Hati', sebuah balada mudah namun sedap didengari. Lagu ini dibuka dengan mainan piano yang kemudiannya memberi peluang kepada Araf untuk bermain vokalnya dengan baik. Araf mempunyai suara yang baik dan susunan lagu ini nampaknya sesuai dengan vokal Araf yang ternyata merdu. Dicipta sepenuhnya oleh Aiman Sidek, lagu ini sebenarnya sesuai juga jika dijadikan runut bunyi drama kerana mood yang ditampilkan dalam iramanya sesuai dengan kisah cinta yang sering dipaparkan dalam cerita-cerita drama. Syabas buat Araf kerana berani mencuba dan tidak menghiraukan kelainannya.

'Ring Ring' - Luqman Podolski

Nampaknya pilihan personaliti media sosial Luqman Podolski untuk menceburi bidang muzik merupakan satu idea yang baik. Ternyata Luqman memang mempunyai bakat sebagai seorang penyanyi rap. Selepas muncul dengan beberapa buah lagu sebelum ini Luqman kembali dengan 'Ring Ring', sebuah lagu yang sangat rancak dan menghiburkan. Dicipta oleh Mingaling , Jova Devito , Aden King dan Mas Dewangga dengan lirik oleh Muhammad Aliff Bin Shaharom ( Airliftz ), Luqman Podolski sendiri bersama Mingaling, Luqman berjaya menghasilkan sebuah karya rap yang agak kontemporari dan mudah diingati. Mengingatkan saya kepada projek-projek yang pernah dilagukan oleh nama-nama seperti K-Clique dan Alyph, 'Ring Ring' membuktikan Luqman ada potensi untuk pergi lebih jauh dengan arahan A&R yang betul. Susunan muzik lagu ini mempunyai hook yang baik dan sangat sesuai dengan suara nyanyian Luqman yang menghiburkan. 

 

'Sayang Kau Tercipta' - Aziz Harun

Karya Brunei Darussalam pilihan kami minggu ini adalah sebuah lagu daripada Aziz Harun yang berjudul 'Sayang Kau Tercipta'. Lama tidak mendengar buah tangan dari penyanyi ini dan untuk memulakan 2022, dia muncul dengan karya ini yang dicipta sepenuhnya oleh Ja'a, Romeo, Karim Karam, penyanyi popular Amir Masdi serta komposer terkenal Mike Chan. Lagu ini mengingatkan saya kepada lagu-lagu Gavin Degraw, seorang penyanyi dan penulis lagu barat yang pernah popular pertengahan era 2000-an dahulu. Mainan instrumen gitar yang disulamkan dengan konsep easy listening ini membuat lagu ini sedap didengar jika ingin merehatkan minda dan bersantai. Ditambah pula dengan suara merdu Aziz, ia ada juga unsur country yang menjadikannya lebih menarik.

 

'Nadi' - Rahmat Damansari

 

Penyanyi kelahiran Singapura Rahmat Damansari yang juga anak kepada pasangan pemuzik Jufri Salim dan Surayah Akbar mempertaruhkan lagu ciptaan serta tulisan komposer Malaysia, Rudy Nastia bersama Shamin Nazri berjudul 'Nadi'. Lagu ini sebenarnya mudah sahaja dan tidak lari dari genre pop yang kerap didengari di radio namun sentuhan Rudy Nastia berjaya memberikan sedikit kelainan sambil mewujudkan beberapa titik nuansa yang mirip dengan balada-balada Indonesia. Bermula dengan petikan gitar yang indah, korusnya tiba-tiba mengalunkan irama seperti lagu-lagu Indonesia yang sering dijadikan lagu tema sinetron dan filem. Malah ia menjadi lebih sedap didengar berkat suara Rahmat yang merdu dan bijak bermain head voice di penghujung beberapa bait lagu. Sejujurnya ia satu percubaan solo yang baik buat Rahmat dan ada harapan disukai oleh peminat muzik balada pop Melayu serantau. - Getaran, 12 Januari 2022

  

Berita Berkaitan

1

TARA 9 bulan yang lalu

Kepulangan Hafiz Suip

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Hafiz Suip Terus Bersinar, Tidak Lagi Berambut Hijau

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Sedia Digosipkan Bersama, Jarak Akhirnya Berjaya ‘Menyatukan’ Aisha Retno Dan Aziz Harun

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Saya Pun Tak Nak Rosakkan Lagu Orang - Wani Kayrie Ganti Ernie Zakri 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara