web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 7:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Heaven – Calum Scott featuring Diana Danielle 

 

Karya indah ini sebenarnya tidak memerlukan sebarang pengenalan lagi. Nyanyian asal Calum Scott, penyanyi tersohor dari United Kingdom, ia dirakam semula bersama pelakon popular negara, Diana Danielle dalam versi yang agak menarik.  Dicipta oleh Calum Scott sendiri bersama Hayley Warner dan Nolan Sipe, versi rakaman baharu ini memberi peluang kepada Diana untuk menyerlahkan vokalnya. Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa Diana mampu menyanyi dengan baik dan lagu ini adalah buktinya. Vokal merdu mereka berdua menyatu dengan indah dan nampaknya ‘masuk’ dengan baik bersama melodi lagu ini. Satu kerjasama yang bijak dan mampu membuka lebih banyak kemungkinan muzik buat mereka di masa hadapan. 

Makuta -Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama  

Setiap kali suara Hazama menyentuh sesebuah lagu ada sesuatu yang istimewa terlahir dalam karya tersebut. Dan ini terbukti lagi dalam lagu berjudul Makuta ini. Makuta yang bermaksud mahkota dalam Bahasa Sunda adalah sebuah lagu berunsur hip hop dan rock yang menyelitkan sedikit konsep irama Nusantara. Dicipta sepenuhnya oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta, lagu ini merupakan sebuah satira yang menyindir dan mengingatkan pendengar tentang bahaya godaan dunia. Pasti akan dibandingkan dengan karya-karya mereka sebelum ini, lagu ini mungkin ada harapan jika diberikan ruang udara yang wajar namun korusnya pada saya agak sukar diingati berbanding lagu hip hop nasihat sebelum ini.

Aku, Hati Dan Perasaan – Haqiem Rusli 

Haqiem Rusli kembali dengan sebuah lagi balada berjudul Aku, Hati Dan Perasaan. Dicipta sepenuhnya oleh dirinya sendiri, ia merupakan sebuah balada mudah yang juga diangkat menjadi runut bunyi asli sebuah siri drama di salah satu saluran TV swasta Malaysia. Pada saya lagunya tidak mempunyai kemuncak yang ketara namun susunan irama keseluruhannya memang sesuai untuk melayan perasaan. Suara merdu Haqiem juga sebenarnya memang sesuai dengan lagu-lagu seperti ini namun saya rasa peminat pasti menanti karya Haqiem yang mungkin sedikit berbeza dengan karya-karyanya sebelum ini. 

Dharma Dunia– Luanloko featuring Adeep Nahar 

Penyanyi kelahiran Singapura Adeep Nahar hadir bersama rakannya Luanloko dalam sebuah karya berjudul Dharma Dunia. Kadang cara nyanyian rap Luanloko mengingatkan saya kepada gaya Kmy Kmo namun jika diteliti, dia ada gayanya tersendiri. Suara Adeep yang memang sedap didengar nampaknya serasi dengan susunan muzik serta gaya rap Luanloko. Dicipta oleh Luanloko dan Red Rahimad, iramanya juga tidak kurang menghiburkan dan wajar berdiri sebaris dengan lagu-lagu hip hop kontemporari masa kini. 

Sayang Kau Tercipta – Aziz Harun

Penyanyi popular dari Brunei Darussalam Aziz Harun tampil dengan lagu cinta berjudul 'Sayang Kau Tercipta' yang sangat romantis . Dicipta sepenuhnya oleh bekas juara Akademi Fantasia Amir Masdi serta rakan-rakannya Romeo, Ja'a, Karim Karam, dan Mike Chan, lagu ini nampaknya memang digubah untuk vokal Aziz yang terkenal merdu dan bersahaja. Iramanya juga mudah dan alunan gitar yang ada dalam karya ini seolah-olah menjadi tunjang dalam lagunya. Aziz memang sinonim dengan lagu yang ada unsur akustik dan kerana kemerduan suaranya, Aziz mampu membawa pendengar menghayati lirik dan tema lagu cinta ini. - Getaran, 15 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

2

Muzik 6 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Haqiem Rusli Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara