web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dayang Nurfaizah Paling Banyak Tercalon Anugerah Industri Muzik 23

Sebanyak 113 juri terlibat untuk pemilihan anugerah kali ini, antaranya Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Syafinaz Selamat, Fauzi Marzuki serta Datuk Mokhzani Ismail selalu ketua juri.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 8:00PM

Antara pemuzik yang dicalonkan untuk AIM23 tahun ini - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Dayang Nurfaizah menjadi nama yang paling banyak dicalonkan untuk berentap di pentas akhir Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23) 

Dalam 21 kategori yang dipertandingkan, nama Dayang Nurfaizah telah tercalon sebanyak enam kali menerusi kategori Rakaman Lagu Terbaik, Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu. 

Manakala antara selebriti lain yang turut menonjol dengan pencalonan sebanyak empat kali adalah Yonnyboii dan Ernie Zakri.

“Tahun ini menunjukkan industri muzik tempatan berada dalam keadaan baik selepas pandemik. Penambahan beberapa kategori turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pencalonan.

“Kami juga mengumumkan pencalonan kategori Lagu India Tempatan Terbaik kerana kebanyakan lagu tidak menepati kriteria yang ditetapkan,” kata Rosmin Hashim yang juga Pengerusi Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Dalam 21 kategori yang dipertandingkan, nama Dayang Nurfaizah telah tercalon sebanyak enam kali, diikuti dengan Yonnyboii dan Ernie Zakri bersama empat pencalonan
Dalam 21 kategori yang dipertandingkan, nama Dayang Nurfaizah telah tercalon sebanyak enam kali, diikuti dengan Yonnyboii dan Ernie Zakri bersama empat pencalonan

Sebanyak 113 juri terlibat untuk pemilihan anugerah kali ini, antaranya Omar K, DJ Fuzz, Adi Priyo, Shah Slam, Syafinaz Selamat, Fauzi Marzuki serta Datuk Mokhzani Ismail selalu ketua juri. 

Proses penjurian untuk kategori Rakaman Lagu Terbaik dan Rakaman Album Terbaik telah diadakan pada 12 Ogos lalu diikuti beberapa pencalonan lain pada 15, 16 dan 20 Ogos yang lalu.

Sebelum ini, pencalonan AIM dibuka untuk Lagu/Album dalam bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan India bermula 1 Januari sehingga 30 Jun 2022.

Tempoh pencalonan dibuka pada 27 Julai dan berakhir pada 5 Ogos lalu pada jam 5 petang.

AIM 23 akan dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 11 September, jam 9 malam dan akan bersiaran di Astro Ria. Acara karpet merah pula akan bermula jam 8.30 malam. - Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

3

TARA 10 bulan yang lalu

Ernie Zakri Dilantik Duta Tudung Jenama Ayuwan

4

Muzik 10 bulan yang lalu

Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara