web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Kepenatan – Justin Bieber Tangguh Konsert Demi Kesihatan 

Berita itu disampaikan melalui satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di laman Instagram rasmi penyanyi itu pagi tadi.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 2:04PM

Justin Bieber - Gambar fail AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi antarabangsa Justin Bieber hari ini secara rasminya mengumumkan penundaan jadual konsert jelajahnya kerana faktor kesihatan.

Berita itu disampaikan melalui satu kenyataan akhbar yang dimuat naik di laman Instagram rasmi penyanyi itu pagi tadi.

“Awal tahun ini saya membuat kenyataan secara terbuka mengenai sindrom Ramsay-Hunt yang sedang saya alami membuatkan separuh wajah saya lumpuh. Kerana masalah kesihatan ini, saya tidak berjaya menyelesaikan konsert jelajah Justice Tour saya di Amerika Utara.

“Selepas berehat dan berbincang dengan doktor, keluarga dan pasukan. Saya terbang ke Eropah untuk menyambung konsert jelajah. Saya sempat membuat persembahan di enam lokasi. Begitu juga dengan hujung minggu yang lalu di Rock in Rio, saya buat semampunya untuk peminat di Brazil,” tulisnya.

Namun penyanyi Ghost itu mendedahkan, selepas persembahan di Brazil, badannya terasa sangat letih.

 Selepas menimbang keputusan, penyanyi itu akhirnya memutuskan untuk menangguhkan konsert jelajah sehingga kesihatannya bertambah pulih.

“Selepas turun dari pentas, saya sangat kepenatan. Sudah masanya saya menjadikan kesihatan sebagai keutamaan saya. Jadi saya akan berehat daripada membuat apa-apa konsert jelajah buat masa sekarang. Saya akan baik-baik sahaja asalkan saya diberi masa untuk berehat.

“Saya juga sangat bangga membawakan mesej Justice kepada dunia. Terima kasih untuk doa dan sokongan anda selama ini, saya sayang anda sepenuh hati saya,” katanya.

Terdahulu, Justin Bieber mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah sepanjang tahun 2022 dan 2023. Penyanyi itu juga sepatutnya dijadualkan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Okotober ini. Tiket di Kuala Lumpur dijual bermula dari RM288 hingga RM1,088. - Getaran, 7 September 2022. 


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara