web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memang Ada Lelaki Yang Jenis ‘Player’, Aziz Harun Minta Wanita Supaya Berhati-Hati

Aziz juga memberitahu bahawa dia juga akan muncul dengan versi Inggeris untuk single terbaharunya, ‘Hanya Mahukan Bye’.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 9:09PM

Aziz Harun - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya bukan lelaki seperti itu dan lagu itu juga sama sekali tidak mewakili diri saya,” kata Aziz Harun ketika diminta mengulas mengenai single terbaharunya, ‘Hanya Mahukan Bye’ yang mengisahkan tentang golongan lelaki yang suka mempermainkan hati wanita dan bagaimana wanita mudah terpedaya dengan kata-kata manis lelaki. 

Penyanyi Brunei berusia 24 tahun ini berkata demikian ketika diwawancara penyampai radio Hitz. FM baru-baru ini untuk mempromosikan kemunculan single baharunya itu, ciptaan komposer Mike Chan dan Faizal Tahir. 

Mengakui teruja kelainan yang cuba ditampilkan dalam ‘Hanya Mahukan Bye’, Aziz juga meminta golongan wanita berhati-hati dengan lelaki yang jenis ‘player’. 

“Tolonglah wahai wanita. Berhati-hatilah. Anda harus mengenali pasti tanda-tanda lelaki yang jenis begitu (tidak setia dan suka mempermainkan wanita). Jangan mudah ‘jatuh’ kepada mereka,” katanya. 

Mengulas lebih lanjut tentang lagu berkenaan, Aziz berkata, lagu ini sangat berbeza dengan apa yang pernah dibawakannya sebelum ini. 

“Ia suatu kelainan yang cuba saya bawakan dan apa yang boleh saya katakan respon yang saya terima terhadap lagu ini agak baik sekali,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Aziz berkata, lagu ini juga bakal dihasilkan dalam versi Inggeris tidak lama lagi. 

“Ya, saya harap ramai yang teruja untuk mendengar versi Inggeris lagu ini,” katanya.  – Getaran, 5 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Sedia Digosipkan Bersama, Jarak Akhirnya Berjaya ‘Menyatukan’ Aisha Retno Dan Aziz Harun

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Aziz Harun Keluar Dari Zon Selesa, 'Hanya Mahukan Bye' Pertaruh Elemen Muzik Elektronik 

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara