web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganjur Digesa Libatkan Artis Tempatan Dalam Konsert Bersama Artis Luar Negara - Mohammad

Setakat November 2022, Puspal telah menerima sebanyak 392 permohonan merangkumi 322 permohonan bagi persembahan artis luar negara dan 70 permohonan bagi penggambaran filem dan dokumentari

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 8:00AM

Pihak penganjur konsert digesa supaya turut melibatkan artis tempatan ketika menganjurkan persembahan bersama artis luar negara sebagai peluang untuk mereka menyerlahkan bakat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak penganjur konsert digesa supaya turut melibatkan artis tempatan ketika menganjurkan persembahan bersama artis luar negara sebagai peluang untuk mereka menyerlahkan bakat.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebagai unit bertanggungjawab turut diarah supaya bergerak lebih aktif bersama pihak berkaitan bagi memastikan segala urusan berkaitan persembahan artis luar negara berjalan lancar.

Mohammad berkata setakat November 2022, Puspal telah menerima sebanyak 392 permohonan merangkumi 322 permohonan bagi persembahan artis luar negara dan 70 permohonan bagi penggambaran filem dan dokumentari. 

"Sebaik-baiknya, apabila kita jemput artis luar negara untuk buat persembahan, jemput juga artis dalam negara sebagai persembahan pembukaan supaya kita turut mempromosikan mereka selain menggalakkan kehadiran artis luar negara," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku ‘Filming in Malaysia Guidebook’ dan garis panduan Puspal cetakan kelima di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Mohammad berkata buku terbitan K-KOMM itu antaranya mengandungi proses dan prosedur untuk pihak produksi membuat penggambaran di Malaysia, infrastruktur dan fasiliti yang disediakan serta insentif yang ditawarkan kepada produksi luar negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

3

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

4

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara