web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsert Saujana Buat Peminat Selepas 25 Tahun, Gabungkan Kesemua Anggota Asal

Kumpulan Saujana bersyukur peluang yang sudah lama dinantikan ini akhirnya tiba menerusi Konsert Saujana 25 Tahun yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Mac depan.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 8:00PM

Semua anggota asal Saujana akan membuat persembahan pada Konsert Saujana 25 Tahun pada 5 Mac nanti.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai sebuah kumpulan nasyid yang popular, semestinya Saujana menyimpan hasrat untuk beraksi dalam sebuah konsert besar.

Kumpulan ini dianggotai oleh tiga ahli yang masih bergiat aktif iaitu Suffian Amrin, Azalinor Abdul Rahman dan Ahmad Zuhaidi Abd Aziz; manakala empat ahli asal yang lain ialah Dr Khairul Idzwan, Dr Faizul Hizal Ghazali, Mohd Hakimi Harun dan Wan Najran Wan Noh, ini tidak sabar untuk memperlihatkan kehebatan sebenar mereka kepada peminat.

Suffian berkata, mereka bersyukur peluang yang sudah lama dinantikan ini akhirnya tiba menerusi Konsert Saujana 25 Tahun yang bakal  berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Mac depan.

Suffian turut menyifatkan konsert sulung mereka ini adalah hadiah buat peminat yang sering menyokong mereka.

“Idea asal menganjurkan konsert tercetus ketika kami mengadakan persembahan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) yang merupakan lokasi tertubuhnya kumpulan nasyid kami.

“Waktu itu ada program alumni di sekolah dan kami persembahkan beberapa lagu. Kemudian ada alumni lain yang bertanya berkenaan konsert.

“Asalnya memang kami rancang nak buat persembahan berskala kecil seperti majlis minum petang, tetapi hikmah pandemik COVID-19 dan persahabatan yang terjalin sejak bangku sekolah mencetuskan konsert ini,” katanya yang turut bertindak sebagai ketua kumpulan tersebut.

Suffian berkata demikian semasa sidang akhbar penganjuran konsert tersebut di ibu negara, baru -baru ini.

Menurut kumpulan yang memperjuangkan irama nasyid itu,  mereka sangat bersyukur kerana mendapat Dana Kandungan Digital (DKD) daripada pihak kementerian yang sangat membantu kumpulannya.

“Apabila melihat ramai kawan-kawan dalam arena muzik nasyid membuat konsert melalui dana DKD, kami juga rasa terpanggil untuk buat.

“Lebih-lebih lagi Saujana tidak pernah buat konsert. Sedangkan kumpulan nasyid lain ada yang sudah buat lebih dari sekali konsert. Alhamdulillah, inilah masanya untuk kami gabungkan semula ahli-ahli lama untuk menghargai 25 tahun penglibatan Saujana,” kata Zuhaidi pula selaku pengarah projek.

Konsert Saujana 25 Tahun yang dianjurkan Scriptology Sbd Bhd akan menampilkan konsep persembahan yang unik menerusi gabungan lagu ketuhanan dengan irama tradisional, hasil kolaborasi Saujana dengan Orkestra Tradisional Malaysia.

“Atas perbincangan bersama, kami cuba cetuskan sebuah konsep yang sedikit berbeza iaitu menggabungkan lagu-lagu ketuhanan Saujana dengan irama tradisional.

“Lagipun, lagu-lagu Saujana banyak yang mempunyai elemen Inang. Ia sesuatu yang segar dan unik sebab ia bukan sahaja boleh menarik minat penggemar muzik nasyid sahaja tetapi juga penggemar muzik Melayu.

“Berpeluang bekerjasama dengan OTM pimpinan Encik Yazid Zakaria adalah satu penghormatan yang besar.

“Malah, kita juga turut berbesar hati apabila dapat mengundang Ustaz Nazrey untuk terlibat di dalam konsert ini bersama artis-artis undangan lain,” katanya yang turut dibantu Suffian sebagai Pengarah Kreatif dan Azalinor sebagai Pengarah Audio/Teknikal.

Sambung Suffian lagi, persembahan mereka nanti akan dibahagikan kepada beberapa segmen, namun apa yang pastinya ia akan mengimbau semula nostalgia sepanjang 25 tahun keberadaan Saujana di dalam industri muzik tanahair.

“Kami akur masa agak suntuk, namun persediaan yang dilakukan sudah pun mencapai 70 peratus. Selepas ini, kami akan tumpukan pada latihan di studio.

“Memang sukar untuk kami membuat latihan sebenarnya kerana empat lagi anggota iaitu  Dr Khairul Idzwan, Dr Faizul Hizal Ghazali, Mohd Hakimi Harun dan Wan Najran Wan Noh mempunyai kerjaya profesional masing-masing.

“Tapi, kami percaya dengan kemudahan teknologi yang ada, ia akan memudahkan proses ini,” kata Suffian lagi.

Selain Ustaz Nazrey Johani, Konsert Saujana 25 ini turut menampilkan beberapa artis undangan lain seperti kumpulan Awla (gabungan Saujana dan NowSeeheart), Andika serta Ustaz Nabil.

Harga tiket dijual bermula RM109, RM161, RM213 dan RM265 dan boleh dibeli di www.ticket2u.com.my. - Getaran, 30 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara