web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Di Sekolah Kalau Masuk Pertandingan, Saya Selalu Nyanyikan Lagu 'Keluarga Bahagia' - Siti Nordiana

Menurut Siti Nordiana yang disapa sebagai Nana, dia berasa bertuah apabila berpeluang berkolaborasi dengan Saujana menerusi lagu tersebut.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 5:15PM

Lagu versi baharu ‘Keluarga Bahagia (2023)’ merupakan kolaborasi pertama Siti Nordiana dengan Saujana - Gambar ihsan Seventeen Eleven Music

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Impian penyanyi Siti Nordiana untuk berkolaborasi dengan Saujana yang juga antara kumpulan nasyid legenda tanah air akhirnya tercapai menerusi kemunculan lagu ‘Keluarga Bahagia’ yang dilancarkan semula dengan versi baharu yang diberi sentuhan yang segar.

Lagu versi baharu ‘Keluarga Bahagia (2023)’ terbitan syarikat rakaman Seventeen Eleven Music dengan sentuhan penerbit Zimi merupakan kolaborasi pertama Siti Nordiana dengan Saujana.

Menurut Siti Nordiana yang disapa sebagai Nana, dia berasa bertuah apabila berpeluang untuk berkolaborasi dengan Saujana menerusi lagu tersebut. Apatah lagi, Saujana adalah antara kumpulan nasyid legenda tanah air.

“Sejujurnya, saya berasa bertuah sangat. Sebab saya membesar dengan lagu ‘Keluarga Bahagia’ yang merupakan lagu asal nyanyian mereka ini. Di sekolah dulu, kalau masuk pertandingan memang lagu inilah yang saya nyanyikan. Tidak sangka, sekarang ini saya dapat rakam semula lagu ni. 

“Secara peribadi, lagu ‘Keluarga Bahagia’ ini adalah kegemaran saya begitu juga dengan Saujana. Mereka kumpulan nasyid legenda,” katanya.

Pemilik nama sebenar, Siti Nordiana Alias,39, ini berkata lagi, biarpun tahun silih berganti dan zaman berubah dengan pasang surut populariti muzik nasyid, lagu ‘Keluarga Bahagia’ tetap meniti di bibir peminat dan pencinta muzik tanah air.

Kata Nana, daripada  puluhan deretan lagu Saujana, ‘Keluarga Bahagia’ ini menjadi antara karya lagu nasyid malar segar yang sinonim dengan kumpulan nasyid tersebut. 

“Umum mengetahui lagu 'Keluarga Bahagia' ini mempunyai penggemar tersendiri sejak dahulu lagi. Jadi, apabila diberikan nafas baharu tentu saja saya gementar nak menunggu maklum balas peminat.

“Apa pun, saya sudah cuba yang terbaik dan menyanyikan lagu ini mengikut cara dan gaya saya sendiri tapi masih kekalkan keaslian dan kemerduan lagu ini,” ujarnya.

Sementara itu, mewakili Saujana, Suffian Amrin berkata, pihaknya berbesar hati apabila pasukan Nana mencadangkan kepada pihaknya untuk berkolaborasi menerusi lagu ‘Keluarga Bahagia’ ini.

“Ketika Nana pelawa, kami berasa sangat berbesar hati dan terus bersetuju. Cuma, cabarannya adalah dari segi rakaman gandingan penyanyi dari dua jantina dan susunan lagu ini juga sangat berbeza dari yang asal. 

“Ini kerana ia membabitkan dua ‘tone’ suara yang berbeza. Bila kami sudah bersetuju untuk berduet, kami teruskan rakaman walaupun terpaksa menjalani sesi rakaman di tiga studio yang berbeza disebabkan perbezaan jadual antara kami semua. 

“Alhamdulillah, lagu dan muzik video akhirnya selesai dirakamkan dan ia telah pun dilancarkan pada hari ini,” jelasnya.

Tambah Suffian lagi, susunan lagu ini dibuat secara moden dengan menyuntik elemen genre muzik balada oleh Zimi yang juga bertindak sebagai penerbit. 

Jelasnya, mesej lagu berkenaan kepentingan hidup kekeluargaan dikekalkan dan susunan lagu yang dibuat sememangnya menepati cita rasa pendengar kini.

Kemunculan versi baharu lagu ‘Keluarga Bahagia’ ini juga boleh disifatkan sebagai meraikan persahabatan lama Saujana dan Nana
Kemunculan versi baharu lagu ‘Keluarga Bahagia’ ini juga boleh disifatkan sebagai meraikan persahabatan lama Saujana dan Nana

Berkongsi lanjut, Sufian berkata, lagu ‘Keluarga Bahagia’ versi baharu ini cukup istimewa kerana ia adalah kesinambungan daripada kejayaan penganjuran ‘Konsert Saujana 25 Tahun’ baru-baru ini. 

“Jadi, boleh dikatakan ia adalah susulan daripada kejayaan konsert untuk dibawa ke bulan Ramadan pula. Penyanyi utama dan asal untuk lagu ini iaitu Dr Idzu Baharin juga sangat teruja untuk berduet dengan Nana,” katanya.

Pada masa sama, menurut Sufian, kemunculan versi baharu lagu ‘Keluarga Bahagia’ ini boleh disifatkan sebagai meraikan persahabatan lama Saujana dan Nana. 

“Tahun kemunculan Saujan dan Nana dalam industri lebih kurang sama saja. Kalau dahulu sewaktu sesi fotografi untuk majalah dan sebagainya, kadang-kadang terjumpa juga dengan Nana. Jadi, bila dapat jumpa kembali selepas 25 tahun apalagi merakam sebuah lagu bersama, ia wajar diraikan. 

“Lagi pula, 10 tahun lalu saya pernah pergi ke Gaza, Palestin bersama sahabat selebriti lain dan dari situ kami mula mengenali Nana dengan lebih rapat. Nana sangat meraikan persahabatan. Lagu ini bukan untuk bulan Ramadan saja, tapi tetap relevan untuk didengar pada bila-bila masa,” ujarnya.

Lagu versi baharu ‘Keluarga Bahagia (2023)’ boleh mula di strim di semua perkhidmatan penstriman muzik bermula hari ini. 

Video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh mula ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada hari ini bermula jam 3 petang. – Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Peminat Dakwa Siti Nordiana Kena Sabotaj

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Siti Nordiana Setuju Selesaikan Kes Saman RM2.5 Juta Secara Baik

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bapa Siti Nordiana Meninggal Dunia

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fesyen Ala ‘Drakula’ Atau Aina Abdul Di Konsert Saujana 25, Ini Penjelasan Sebenar Dr Idzu!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara