web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siti Nordiana Setuju Selesaikan Kes Saman RM2.5 Juta Secara Baik

Kes yang diselesaikan secara baik ini juga menyaksikan Nana berbaik-baik semula dengan rakan seperjuangan, Lan Solo dan Syura Badron.

Selebriti Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 8:05PM

gambar Instagram Siti Nordiana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana Alias, 39, atau Nana bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah berjumlah RM2.5 juta terhadap lima individu secara baik setelah melalui proses naik turun mahkamah selama dua tahun.

Saman yang turut melibatkan dua rakan artis iaitu Lan Solo dan Syura Badron itu difailkan oleh Nana pada 30 Julai 2021 menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates di Mahkamah Seksyen Sivil Kuala Lumpur.

Peguam yang mewakili Nana, Abang Azlan Abang Ariffin berkata, perbicaraan kes tidak akan diteruskan selepas pihak plaintif, Nana melakukan perbincangan dengan kesemua defendan.

“Mereka bersetuju supaya kes saman fitnah ini diselesaikan secara baik. Ini adalah persetujuan kedua-dua pihak dan ini bermakna kes ini telah selesai hari ini," ulas Azlan.

Tambah beliau lagi, persetujuan itu adalah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan dan dibaca di hadapan Hakim John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

“Ada tiga terma penyelesaian. Pertama, tanpa liabiliti iaitu kedua-dua pihak bersetuju untuk memohon maaf. Kedua, plaintif tiada kebebasan untuk memfailkan semula saman ini. Maksudnya, perkara ini ada penghakiman persetujuan.”

“Kalau plaintif tarik balik, jadi penghakiman persetujuan itu tidak wujud. Terma ketiga, tanpa perintah terhadap kos,” ulas Azlan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Online.

Saman difailkan oleh Nana terhadap Lan Solo atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, 38 dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38, serta penyanyi Syura Badron atau Zuraidah Badron, 37 sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu yang keempat dan kelima adalah Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman, FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43.

Terdahulu, dalam pernyataan tuntutannya, Nana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui satu siaran langsung di salah satu platform media sosial, dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya. - Getaran, 5 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara