web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GVF 2023 Dibatal Serta Merta, Tiada Kompromi Jika Cabar Undang-Undang Negara

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 3:48PM

Fahmi Fadzil dalam pertemuan bersama penganjur GVF 2023 di pejabatnya di Putrajaya tengah hari tadi - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Festival Good Vibes 2023 (GVF 2023) yang sepatutnya berlangsung sehingga esok dibatalkan serta merta.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

Menurut beliau, pendirian Kerajaan Perpaduan amat tegas dalam hal ini.

“Saya telah memanggil penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia, susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis British, ‘The 1975’ di Sepang malam tadi.

“Saya telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai,” katanya.

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Fauzi Md Isa.

Aksi biadab Matt Healy menyebabkan baki acara GVF 2023 dibatalkan serta merta - gambar Twitter
Aksi biadab Matt Healy menyebabkan baki acara GVF 2023 dibatalkan serta merta - gambar Twitter

Fahmi berkata, beliau sedar keputusan dibuat itu akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket, justeru penganjur digesa untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi buat semua pembeli tiket.

“Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara.

“Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan,” tegasnya.

Pada pertunjukan semalam, penyanyi terbabit, Matt Healy dikatakan membuat persembahan dalam keadaan mabuk, sebelum mengutuk pendirian kerajaan yang menentang fahaman LGBTQ.

Dia kemudiannya bertindak mencium pemain bass kumpulan terbabit, sebelum diarah menghentikan persembahan serta merta.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Future Sound Asia berkata, pihaknya amat kesal dengan insiden tidak diingini itu dan terpaksa membatalkan baki acara GVF 2023.

Permohonan maaf oleh Future Sound Asia memgenai pembatalan GVF 2023 - gambar Twitter
Permohonan maaf oleh Future Sound Asia memgenai pembatalan GVF 2023 - gambar Twitter

Katanya, pembatalan tersebut adalah susulan kepada arahan diterima daripada KKD pada jam 1.20 tengah hari tadi.

“Kementerian telah menggariskan pendirian kerajaan dalam hal ini untuk tidak berkompromi dengan sebarang pihak yang cuba mencabar, memperlekeh atau melanggar undang-undang negara.

“Kami memohon maaf kepada semua pembeli tiket, vendor, penaja dan rakan kerjasama. Kami akan maklumkan pada kadar segera mengenai usaha untuk memulangkan semula duit tiket anda,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara