web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guru Takkan Sempat Senang Lenang - Menteri

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Sep 2021 1:00PM

Radzi Jidin melawat Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam yang terjejas akibat banjir susulan tragedi kepala air di Yan, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menolak tanggapan segelintir pihak yang mendakwa golongan guru akan bersenang-lenang sekiranya mereka tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka kerana menolak vaksin seperti diumumkannya semalam. 

Menurut beliau, masih banyak tugasan perlu dilakukan di sekolah, selain mengajar secara bersemuka dan ia akan diberikan kepada kumpulan guru berkenaan.

"Tak betul jika ada yang kata guru-guru ini tak ada kerja hendak dilakukan. Banyak lagi tugasan lain yang perlu dilaksanakan di sekolah dan mereka akan terlibat dengan perkara sebegitu. 

"Langkah tidak membenarkan kumpulan terbabit mengajar secara bersemuka ini merupakan tindakan segera dari kementerian. Selepas ini saya juga akan bertemu dengan sebahagian guru-guru ini untuk bercakap dengan mereka," katanya. 

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam di Yan, di sini, hari ini. 

Dalam sidang media yang sama, Radzi Jidin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.4 juta bagi membaik pulih serta menggantikan peralatan rosak di empat buah sekolah di daerah ini yang terjejas akibat tragedi kepala air, pada 18 Ogos lalu. 

Ditanya sama ada bakal wujud tindakan lebih keras terhadap kumpulan guru tersebut, Radzi berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas ini. 

"Pendekatan selanjutnya akan dibincangkan bersama JPA berkaitan golongan guru yang menolak vaksin ini selaku penjawat awam," katanya. 

Dalam pada itu katanya, langkah kementerian yang bertanya mengenai persetujuan ibu bapa tentang pemberian vaksin kepada pelajar sekolah ketika ini, hanyalah satu bentuk kaji selidik. 

"Kami di pihak kementerian hanya ingin mendapatkan gambaran awal berkaitan hal itu. Ketika ini pun kaji selidik itu masih dilaksanakan dan hasilnya Insya Allah akan diketahui dalam masa terdekat. 

"Ini cuma kaji selidik dan bukannya arahan kepada ibu bapa atau pelajar kerana sebarang urusan berkaitan vaksinasi adalah di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) serta Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF),'' katanya. - Getaran, 4 September 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang