web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keperluan Kemahiran Digital Meningkat, Dapat Permintaan Tinggi Menjelang 2025

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 8:09PM

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permintaan ke atas pekerja yang mempunyai kemahiran digital semakin meningkat dan kritikal dalam membantu perkembangan industri serta ekonomi negara. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ini dibuktikan menerusi penawaran pekerjaan dalam bidang digital yang diramalkan meningkat sebanyak 12 peratus tiga tahun lagi berdasarkan laporan Future of Job 2020.

Menurut beliau, peningkatan tersebut merujuk kepada peningkatan penawaran pekerjaan sebanyak 97 juta menjelang 2025 di peringkat global berbanding 85 juta pada 2019.

"Di Malaysia pula, kajian Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mendapati, permintaan untuk jawatan berkaitan digital meningkat 300 peratus pada April 2021 berbanding Jun 2020. 

“Angka ini melibatkan kekosongan sebanyak 56,000 perjawatan dan daripada jumlah tersebut pula, 20 peratus atau 11,200 kekosongan jawatan layak diisi oleh graduan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Portal On Demand Learning (ODL), Air Asia Academy dan Penyerahan Penempatan Pekerjaan Program Transformasi Digital Graduan Universiti di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan Noraini berkata, kadar kebolehpasaran graduan negara tahun lalu direkodkan pada 85.5 peratus iaitu peningkatan sebanyak 1.1 peratus berbanding 2020.

Noraini merakamkan gambar bersama penerima Penempatan Pekerjaan Program Transformasi Digital Graduan Universiti
Noraini merakamkan gambar bersama penerima Penempatan Pekerjaan Program Transformasi Digital Graduan Universiti

“Kadar ini juga melebihi 0.4 peratus berbanding sasaran 85.1 peratus yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Saya percaya, kejayaan ini terhasil daripada komitmen tinggi kementerian dan pelbagai pihak dalam melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. 

“Antara yang selalu kita dengar ialah Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan, Program PENJANA KPT-CAP dan KPT-PACE. Terdapat juga pelbagai program kolaborasi bersama agensi lain,” katanya.

Beliau berkata, Program Transformasi Digital Graduan Universiti bersama Akademi AirAsia ialah satu lagi langkah strategik kementerian dalam memastikan graduan tempatan dapat memenuhi keperluan industri. 

Jelasnya, pelbagai set kemahiran yang diperoleh graduan menerusi program upskilling dan reskilling akan memberikan nilai tambah untuk mereka mendapat pekerjaan. 

“Lebih menarik, modul program ini dibangunkan dengan matlamat pada akhirnya nanti, graduan akan terus ditawarkan pekerjaan berdasarkan Letter of Commitment (LOC) yang diberikan oleh industri.

“Dalam hubungan ini, saya difahamkan seramai 200 graduan yang belum bekerja telah terpilih untuk menyertai Program Transformasi Digital ini dengan kerjasama pihak AirAsia Academy, melibatkan empat modul bercirikan IR4.0 dan dijajarkan mengikut keperluan pihak industri,” katanya.  - Getaran, 7 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Malaysia Peroleh Komitmen Pelaburan Bernilai RM8.3 Bilion Semasa Minggu Teknologi London - Fahmi

3

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Meta Lancar Akademi Pempengaruh Media Sosial Di Malaysia

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Didi & Friends The Movie: Animasi Luar Biasa, Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang