web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program MyBrain Kembali Semula Tahun Depan - Menteri

Pendidikan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 8:06PM

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kiri) menyampaikan Surat Tawaran Penajaan kepada Roslaili Ahmad Radzi (dua, kanan) pada majlis pelancaran Program MyBrain 2.0 dan penyampaian surat tawaran Program Penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2023 di KPT hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Program biasiswa MyBrain15 akan dilaksanakan semula tahun depan, dikenali sebagai MyBrain 2.0, demikian menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Beliau berkata, program MyBrain 2.0 memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi setiap pengambilan dengan sasaran 500 orang setahun dalam bidang-bidang yang kompetitif di pelbagai peringkat.

Ia menyasarkan 500 penerima biasiswa setiap tahun dalam kalangan orang awam yang tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap termasuk pensyarah institut pendidikan tinggi swasta bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, katanya.

Pada Majlis Pelancaran MyBrain 2.0 dan penyampaian surat tawaran penajaan 2023 di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata, program MyBrain15 adalah antara produk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang berimpak tinggi dan diperkenalkan mulai 2011 namun dihentikan pada 2016.

Program MyBrain bertujuan meningkatkan jumlah pemegang ijazah lanjutan untuk memenuhi keperluan modal insan intelektual dan kepakaran tempatan bagi menyokong pembangunan negara.

"Mengambil kira potensinya dan usaha kerajaan dalam meramaikan golongan intelektual serta pakar bagi menyokong matlamat kesejahteraan pembangunan negara, kerajaan bersetuju untuk memperkenal dan melaksanakan semula program biasiswa ini pada tahun depan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, program MyBrain 2.0 melibatkan beberapa pengukuhan daripada aspek cakupan dan pelaksanaannya termasuklah pengemasan kontrak bagi mengelakkan pelanggaran terma penajaan dan pengukuhan sistem yang lebih bersifat digital dan mesra pengguna.

“Permohonan untuk penajaan program itu akan dibuka bermula Januari 2024,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

2

Pendidikan 9 bulan yang lalu

KPT Kaji Ekosistem TVET Bagi Mantapkan Sistem Pendidikan Teknikal, Vokasional Negara

3

Pendidikan 11 bulan yang lalu

KPT Serah Kepada IPT Tunjuk Solidariti Kepada Palestin Ikut Cara Masing-Masing

4

Pendidikan 11 bulan yang lalu

Kadar Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan KPT Dinaikkan Bermula Tahun Depan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang