web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kadar Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan KPT Dinaikkan Bermula Tahun Depan

Pendidikan Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Oct 2023 8:18PM

Penerima Surat Tawaran Program Penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) (dari kiri) Jared Ong Kang Jie, Anis Adila Amlaki dan Mohamad Afiq Amiruddin Parnon berbual selepas majlis pelancaran Program MyBrain 2.0 dan Penyampaian Surat Tawaran Program Penajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2023 di KPT hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kadar Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar baharu dan sedia ada di bawah tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan dinaikkan bermula tahun depan, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Beliau berkata, kenaikan kadar ESH itu akan memanfaatkan seramai 24,729 pelajar yang sedang ditaja untuk melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara di bawah Program Penajaan KPT dan akan melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM30.78 juta.

“Kerajaan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan pelajar tajaan dan serius membantu menangani cabaran kenaikan kos sara hidup yang dihadapi,” katanya pada Majlis Pelancaran MyBrain 2.0 dan penyampaian surat tawaran penajaan 2023 di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kadar ESH akan dinaikkan sebanyak 15 peratus bagi pelajar sarjana atau doktor falsafah (PhD) sedia ada dan baharu di luar negara serta di bawah Program MyBrainScience.

"Turut dinaikkan adalah kenaikan kadar ESH sebanyak RM100 sebulan kepada pelajar sedia ada dan baharu yang menerima biasiswa dan dermasiswa dalam negara," katanya.

Kenaikan itu melibatkan penerima Biasiswa Atlet Cemerlang institut pengajian tinggi (IPT), Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik, Biasiswa Tokoh Siswa, Dermasiswa B40 TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dan Program MyBrain 2.0, katanya.

Mohamed Khaled berkata, KPT akan menyeragamkan ESH pelajar sedia ada dan baharu kepada hanya satu kadar mengikut peringkat pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda RM730, Ijazah Sarjana RM800 dan PhD RM1,000.

"Walau bagaimanapun, penyeragaman itu tidak melibatkan program MyBrainScience kerana kadar ESH sedia ada program berkenaan adalah lebih baik daripada program lain sedia ada," katanya.

"Kenaikan RM100 sebulan ESH atau Elaun Wang Saku juga diperluaskan kepada pelajar-pelajar B40 (Bantuan Kewangan Asasi IPTA dan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti) dan OKU (Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya dan Program Pendidikan Khas)," katanya.

Kadar ESH atau Elaun Wang Saku semasa bagi Bantuan Kewangan Asasi ialah RM208.33 sebulan; Bantuan Kewangan OKU (RM300 sebulan); Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (RM300 sebulan) dan Program Pendidikan Khas adalah RM610 sebulan.

Bagi pelajar sedia ada dan baharu di United Kingdom, Mohamed Khaled berkata, kadar ESH diseragamkan dan tidak lagi mengikut kawasan memandangkan perbezaan indeks kos sara hidup di antara kawasan yang berlainan.

“Begitu juga kadar ESH pelajar sedia ada dan baharu di Amerika Syarikat diseragamkan daripada tiga kadar kepada dua kadar sahaja,” katanya.

Beliau berkata, kadar ESH yang dinikmati oleh pelajar dalam kalangan pegawai awam dalam perkhidmatan sama ada sedia ada dan baharu dalam dan luar negara dikekalkan.

“Ini kerana, kenaikan kos sara hidup dilihat mampu diserap oleh pegawai yang mengikuti pengajian dalam dan luar negara kerana mereka turut menerima gaji bulanan penuh secara tetap, selain ESH,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

2

Pendidikan 9 bulan yang lalu

KPT Kaji Ekosistem TVET Bagi Mantapkan Sistem Pendidikan Teknikal, Vokasional Negara

3

Pendidikan 11 bulan yang lalu

KPT Serah Kepada IPT Tunjuk Solidariti Kepada Palestin Ikut Cara Masing-Masing

4

Pendidikan 11 bulan yang lalu

Program MyBrain Kembali Semula Tahun Depan - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 54 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 19 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang