web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SK Long Sebangan Beri Pengajaran Termahal, Muhammad Nazmi Gigih Galas Amanah Sebagai Pendidik

Pendidikan Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Nov 2023 8:31PM

Muhammad Nazmi Rosli menerima piala Malaysia Teacher Prize yang disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sewaktu dihantar bertugas ke pedalaman Sarawak, Muhammad Nazmi Rosli tidak pernah menyangka arahan tersebut bakal membawa perubahan besar dalam hidupnya.

Baginya, walau di ceruk mana beliau ditugaskan, amanah mendidik anak bangsa perlu ditunaikan dengan sempurna.

“Sewaktu saya mula menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sebangan, Lawas, Sarawak, pelajar yang ada tidak pernah tahu apa itu dunia luar.

“Mereka tidak tahu indahnya pantai, tidak pernah melihat mesin ATM, tidak tahu apa itu lampu isyarat atau pusat beli belah, malah tidak pernah mengenali kartun Upin Ipin.

“Bagaimana saya tahu? Sebab saya mereka minta hasilkan karangan berdasarkan imaginasi masing-masing,” katanya. 

Jelas beliau, 27 murid yang berada si bawah jagaannya itu juga tidak pernah didedahkan dengan dunia selain Long Sebangan, menyebabkan hanya dua daripada mereka berjaya menjawab soalan ringkas dikemukakan.

Muhammad Nazmi (tujuh, kanan) bersama barisan pemenang lain.
Muhammad Nazmi (tujuh, kanan) bersama barisan pemenang lain.

Muhammad Nazmi semalam mencatat sejarah, selepas merangkul anugerah Malaysia Teacher Prize 2023.

Anugerah terbabit disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau jujur mengakui, tidak pernah menyangka akan melalui detik seumpama itu ketika memilih kerjaya sebagai pendidik.

“Sebenarnya, bukan mereka yang belajar daripada saya, tapi sayalah yang sebenarnya belajar.

“Semua pelajar ini membuatkan saya berazam untuk membantu mereka mengubah dan membela nasib masing-masing,” katanya.

Enggan membiarkan kedatangannya ke Long Sebangan sia-sia, Muhammad Nazmi mula mengatur langkah.

Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang kreatif dipraktikkan, semata-mata untuk menyuntik minat belajar dalam diri murid-murid berkenaan.

“Saya sediakan simulasi bilik darjah dan kenalkan mereka dengan perkara seharian seperti memasuki kedai dobi, melawat zoo, menaiki pesawat, pantai, hospital dan kolam renang.

“Ia hanya menggunakan kepingan kad manila dan botol plastik, tapi sudah cukup membuatkan mereka bersemangat dan teruja,” katanya.

Muhammad Nazmi (dua kanan) bergambar bersama Fadhlina Sidek dan penerima lain.
Muhammad Nazmi (dua kanan) bergambar bersama Fadhlina Sidek dan penerima lain.

Hasil tidak pernah mengkhianati usaha dan segala kesukaran Muhammad Nazmi dibayar oleh keputusan cemerlang yang dicatat anak muridnya untuk peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2019. 

“Inilah hadiah yang cukup bermakna, menyaksikan sendiri ruang lingkup mereka yang tertutup sedikit demi sedikit mula terbuka, walau hanya melalui simulasi.

“Kumpulan murid yang sama juga berjaya menghasilkan dan memasarkan filem karya mereka ke luar negara, menerusi Kelab Filpen yang saya tubuhkan,” katanya.

Filem pendek menggunakan tajuk Teether itu berjaya menembusi Festival Filem Horror Unleashed di Portugal.

Muhammad Nazmi menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 selain trofi dan sijil. - Getaran, 6 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan