web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pandora Papers, Anwar Curiga Dewan Rakyat Tak Bahas Isu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2021 5:41PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa curiga apabila isu Pandora Papers yang dianggap persoalan serius negara tidak dibahaskan pemimpin politik di Parlimen.

Beliau turut meluahkan kemusykilan mengenai keputusan untuk membahaskan isu terbabit yang sukar ditetapkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

“Saya musykil mengapa soal yang begini besar, rumit diputuskan, tidak disiar secara besar-besaran di media dan tidak dibahaskan tokoh politik, terutama dalam kerajaan padahal jumlah membabitkan ratusan billion. Ternyata disorok.

“Kalau mereka kata tidak salah seperti mana dibuat Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kita terima baik penjelasan. Tetapi itu tidak menutup kemungkinan dan keperluan mengadakan penyiasatan yang lebih menyeluruh,” katanya.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Anwar berkata, dalam keadaan negara berdepan ‘miskin’ yang menyaksikan ramai rakyat menganggur dan kelaparan, pemimpin pula bertindak ‘memunggah’ ratusan juta kekayaan ke akaun luar pesisir.

Malah katanya, sistem kerajaan pada masa kini seolah-olah bersikap ‘memadam’ dan menutup perkara itu serta melindungan pemimpin berkenaan.

Jelasnya, tuduhan dibuat itu adalah jelas kerana pihaknya sudah menyuarakan perkara terbabit sejak Global Financial Integrity Report 2012 sehingga kini, namun tiada tindakan diambil, termasuk oleh kerajaan.

“Isu pengaliran keluar satu trilion sama ada dalam bentuk wang atau saham ini adalah perkara besar bagi negara. Tetapi, kita gagal mengemukakannya berulang kali, malah untuk bincang pun tidak mungkin.

“Yang Dipertua, saya nak tegaskan sekali lagi, bahawa hal ini jauh lebih besar daripada isu lain yang kita bahaskan,” katanya.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tindakan Zafrul mengusulkan beberapa bilion peruntukan dana tambahan adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan isu kehilangan wang dalam beberapa kes berkaitan, termasuk Pandora Papers.

“Sejak kita bangkitkan Global Financial Integrity Report 2012, Panama Papers (2015) dan sekarang Pandora Papers (2021), aneh sekali mengapa tidak ada kekuatan politik bagi memastikan perkara ini disiasat serta wang haram dipungah dari negara kita, dipulangkan balik untuk rakyat,” katanya.

Menjangkakan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan menolak permintaan untuk membahaskan Pandora Papers di Parlimen, Anwar turut menggesa Ahli Parlimen tampil ‘memperjuangkan’ isu berkenaan bagi memastikan perkara itu tidak terus ditutup.

“Jadi saya ingin tegaskan walaupun speaker membuat keputusan begitu (mematikan usul), saya mahu Ahli Parlimen menggunakan apa saja ruang untuk tetap tidak bersekongkol bagi menutup kes ini,” katanya.

Isu Pandora Papers hanya diperkatakan selepas International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), baru-baru ini mendedahkan siasatan dijalankannya mendapati, beratus pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang serta pelaburan hartanah, kapal persiaran dan aset lain mereka sepanjang 25 tahun lepas.

Siasatan dikenali Pandora Papers itu menyatakan perkara berkenaan didedahkan menerusi 12 juta fail dimiliki 14 firma di serata dunia yang turut menyaksikan dua individu dari Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia. - Getaran, 13 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia