web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Gunakan Logo PN di PRN Melaka

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 11:59AM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung 20 November nanti.

Keputusan itu mengundang tanda tanya berkenaan status kerjasama ditawarkan UMNO baru-baru ini, yang mensyaratkan PAS menggunakan lambangnya sendiri di Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan lambang terbabit dimuktamadkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, hari ini.

Beliau berkata, ketetapan itu juga mengambil kira pandangan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang semalam.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung hari ini di Pejabat Agung PAS Pusat sudah meluluskan penggunaan lambang PN pada PRN Melaka.

"Ketetapan ini mengambil kira panduan diberikan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 31 Oktober 2021 (semalam), selaras dengan peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS," katanya hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS, selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020, iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih awal membuat pengumuman pada 26 Oktober lalu bahawa semua komponen PN iaitu BERSATU, PAS dan GERAKAN sepakat untuk bertanding pada PRN Melaka menggunakan lambang PN.

Sebelum itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam beberapa kenyataan membayangkan, parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo di PRN Melaka.

Namun, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu lalu menegaskan, UMNO dan BN akan berusaha mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti dalam kerajaan, termasuk dengan BERSATU.

Perdana Menteri turut memaklumkan, beliau diberi mandat oleh UMNO untuk berunding dengan PAS dan BERSATU bagi memastikan pertembungan sesama sendiri pada pilihan raya dapat dielakkan, serta menentukan bentuk kerjasama pada PRN Melaka selaras mandat diberi MKT. – Getaran, 2 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang