web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


UMNO Tak Perlukan PAS Untuk Berdamai Dengan BERSATU

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 3:25PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyatuan Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS kelihatan seperti retak menanti belah, selepas lebih dua tahun piagam antara dua parti politik Melayu Islam itu dimeterai.

Ini dibuktikan apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti dan memutuskan untuk bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Malah, UMNO dengan sombongnya mengakui tidak memerlukan PAS sebagai pendamai dengan BERSATU.

Perkara itu ditegaskan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menjelaskan, keputusan PAS bersama Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan MN itu hanya wujud pada nama, bukan dari semangat.

Beliau berkata, laungan slogan ‘Muafakat Nasional Demi Perpaduan Ummah’ juga hanyalah sekadar halwa telinga, namun hakikatnya dalam politik, kepentingan lain adalah keutamaan.

“UMNO tegas untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU bukan kerana ia membelakangkan kepentingan ummah dan bangsa Melayu, namun kerana kelahiran parti itu yang secara terang dan jelas untuk mengganti UMNO.

“PAS wajar mengerti kedudukan ini. Kerana itu UMNO tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan ia dengan BERSATU. Seperti UMNO juga tidak pernah mengusahakan damai antara PAS dan AMANAH demi kepentingan ummah kerana UMNO tahu sejarah keduanya,” katanya hari ini.

Terdahulu, UMNO sebelum ini mengajak PAS kekal dengan kerjasama MN malah menawarkan parti itu untuk bertanding dengan menggunakan lambang sendiri.

Namun PAS memilih untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan bertanding menggunakan lambang gabungan tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyatakan pendirian agar ahli dan penyokong partinya mengundi PN jika bertembung dengan calon UMNO.

Mengulas lanjut, Khaled berkata, keputusan kepimpinan PAS memilih PN daripada mengutamakan MN dan menetapkan bahawa ahlinya akan mengundi PN diterima UMNO dengan berlapang dada.

“UMNO tegas dengan pendiriannya untuk bertanding atas tiket BN secara sendirian. Jelas sekali bahawa MN tidak mudah dioperasikan, katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled menegaskan PAS tidak boleh mengikat UMNO dengan MN dan pada masa sama mendambakan PN.

Jelasnya, dalam politik, tiada parti yang patut mencari keuntungan dari pelbagai pihak, dalam pelbagai keadaan dan pada setiap masa.

“Keputusan PAS sebenarnya memberikan UMNO ruang dan peluang untuk kembali kepada BN yang sederhana, pelbagai budaya dan progresif. Ia tidak lagi terbelenggu dengan sesiapa, bebas mencorakkan jalan ke hadapannya.

“UMNO sedar, jalan kemenangan ialah sokongan semua kaum dan bukan hanya Melayu. Kerjasama parti Melayu bukan satu-satunya jalan untuk menguasai kerajaan,” katanya.

Dalam politik yang ‘disruptive’, Mohamed Khaled berkata, kemenangan akan banyak bergantung kepada tawaran dasar yang lebih baik, kepimpinan lebih dinamik, rencana ekonomi lebih lestari dan rencam generasi muda yang mesti difahami.

“Jika hanya mencongak jumlah undi UMNO, PAS dan BERSATU itu sebagai tanda aras kemenangan, maka sangat lah simplistik. Politik Malaysia bukan sebegitu simplistik.

“Kerana rumitnya politik itu lah, maka BN adalah taruhan terbaik UMNO untuk Malaysia. Yang lain hanya sampingan,” tegasnya lagi.

Terdahulu, keputusan UMNO untuk bergerak ‘solo’ di Melaka menyebabkan sebahagian pimpinan tertinggi PAS serta BERSATU tidak berpuas hati dan ingin mengajar UMNO secukupnya bagi memberi kesedaran kepada parti Melayu terbesar itu. - Getaran, 10 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Politik 3 minggu yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

3

Politik 1 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

4

Politik 1 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 11 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 17 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar