web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Permohonan Undi Pos Online PRN Sarawak Buka Sehingga 24 November

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 2:40PM

Ikmalrudin Ishak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan undi pos secara dalam talian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak untuk rakyat negeri itu yang menetap di luar negara dibuka sehingga 24 November nanti.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, permohonan berkenaan turut terbuka kepada petugas sektor keselamatan dan kesihatan.

Menurut beliau, semua pemohon perlu mengisi Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), dan kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan).

“Permohonan untuk undi pos kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media) akan dimaklum kelak.

"Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang MySPR Daftar di pautan, https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my/,” katanya.

Ikmalrudin berkata, pemohon dinasihatkan agar membuat dua permohonan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian 03-88927080 atau e-mel kepada upup@spr.gov.my,” katanya.

Terdahulu SPR berkata, mesyuarat berkaitan urusan PRN Sarawak akan diadakan pada 24 November ini di Kuching bermula jam 9 pagi.

Ikmalrudin menjelaskan, mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting PRN-12 di negeri berkenaan akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

“Antara perkara yang bakal dibincangkan adalah tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu,” jelasnya.

PRN Sarawak dijangka diadakan bulan depan berdasarkan makluman pembatalan darurat oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 4 November lalu. – Getaran, 16 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Dari Akaun Sejahtera Ke Akaun Fleksibel

2

Politik 4 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 5 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara