web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun M Beri Bayangan Tidak Bertanding PRU-15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 10:16PM

Dr. Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dr Mahathir yang juga Pengerusi PEJUANG memaklumkan, sudah tiba masanya kerusi Parlimen Langkawi diberikan peluang kepada calon baharu pada PRU akan datang, walaupun kepimpinan tertinggi dan akar umbi masih mahukan beliau bertanding.

“Saya akan mencecah usia 97 atau 98 pada pilihan raya akan datang, saya tahu saya sudah tua. Saya agak bertuah kerana saya tidak kehilangan keupayaan untuk berinteraksi, berhujah dan memimpin parti.

“Parti saya mahu saya bertanding tetapi saya rasa tidak patut,” katanya, hari ini.

Namun, Dr Mahathir berkata, beliau akan terus memberikan sokongan padu dan mempertahankan PEJUANG bagi memberi saingan sebagai parti politik Melayu baharu yang mampu bertempur melawan UMNO.

Menurut beliau, cara itu terbukti efisien apabila BERSATU berjaya meraih sokongan masyarakat Melayu dan memenangi PRU-14 bersama Pakatan Harapan (PH)

“Objektif utama dalam pilihan raya akan datang bukan untuk memusnahkan penguasaan Melayu, tetapi untuk menukar daripada kerajaan yang korup kepada kerajaan yang bersih. Kita mesti kalahkan UMNO.

“UMNO mungkin kembali popular dan ia bakal dipimpin oleh orang yang telah menunjukkan bahawa mereka korup,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir menegaskan akan kembali bertanding pada PRU-15 berikutan terdapat permintaan daripada penyokongnya yang tidak membenarkan beliau bersara.

Beliau yang pernah dua kali menerajui tampuk pemerintahan negara memberitahu, keputusan untuk tidak bertanding dalam PRU15 telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penyokongnya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau akan kekal dalam arena politik untuk tempoh masa yang pendek.

Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu menegaskan, walaupun tidak akan bertanding lagi, namun itu tidak akan menghalang usahanya melawan gejala rasuah. - Getaran, 5 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini