web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin BERSATU Sertai PBM Perlu Bermaruah, Jangan Bermain 'Dua Kolam'

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 8:44AM

Berdasarkan Fasal 10 Perlembagaan BERSATU, parti itu berhak menggugurkan ahlinya jika mereka menyertai PBM. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - BERSATU berhak menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen daripada parti itu sekiranya didapati telah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, tindakan itu selaras peraturan mengikut Fasal 10 Perlembagaan parti berkenaan.

Beliau menegaskan, adalah lebih bermaruah sekiranya ahli politik terbabit secara terbuka mengisytiharkan diri mereka telah keluar daripada BERSATU, agar tidak bermain di dua ‘kolam’ yang boleh memberi kesan negatif kepada parti berkenaan.

“Negara kita mengamalkan prinsip demokrasi, dengan setiap warganegara berhak menyertai atau menyokong mana-mana parti politik pilihan mereka, yang telah sah terdaftar oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Kita meraikan kepelbagaian pendapat mengikut lunas undang-undang Malaysia.

“Namun, adalah menjadi kewajipan juga kepada mana-mana ahli untuk mematuhi perlembagaan parti, khususnya BERSATU yang telah menggariskan bahawa keahlian seseorang ahli itu boleh tergugur secara automatik jika terbukti mereka menyertai parti lain pada masa sama,” katanya kepada Getaran, hari ini

Dua hari lalu, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dipilih sebagai Presiden PBM dalam Mesyuarat Khas Persidangan Agung parti itu.

Berdasarkan senarai kepemimpinan baharu PBM, jawatan Timbalan Presiden 1 disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya yang juga bekas Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha dan Naib Presiden 2, Wong Judat.

Namun, apa yang mengejutkan, dua ADUN Perak yang menyertai BERSATU pada tahun lalu turut tersenarai dalam kepemimpinan baharu itu iaitu ADUN Buntong, A Sivasubramaniam yang dilantik sebagai Naib Presiden Kanan 2 dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong

Muhammad Faiz Na'aman
Muhammad Faiz Na'aman

Dalam pada itu, Dr Muhammad Faiz menegaskan, individu dilantik dalam mana-mana agensi kerajaan, badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di atas kapasiti BERSATU yang telah beralih ‘angin’ bersama PBM juga perlu meletakkan jawatan serta-merta.

“Saya juga menyeru agar mana-mana menteri atau pemimpin dalam kerajaan Malaysia hari ini yang telah membuat lantikan berdasarkan kuota politik terhadap sesiapa bukan dari PN, BN atau GPS untuk menamatkan kontrak lantikan tersebut dalam kadar segera, atau meminta mereka meletakkan jawatan secara sukarela,”katanya.

Jelasnya, tindakan tersebut perlu dilakukan bagi mewujudkan keserasian agenda dalam hal ehwal membuat dasar, pengurusan serta pentadbiran apa-apa elemen di bawah kuasa kerajaan Persekutuan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Pada masa sama, perkara itu jika dilaksanakan dapat mengelak sebarang bentuk kebarangkalian untuk disabotaj atau ditunggang oleh pihak luar yang tidak bersama kerajaan Malaysia hari ini,” katanya.

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, jumlah keahlian BERSATU tidak terjejas walaupun dengan kehadiran PBM yang dilancarkan penghujung tahun lalu.

Menurut beliau, jumlah ahli parti tersebut meningkat dari semasa ke semasa dan keahlian parti itu yang direkodkan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) bulan lalu hampir mencecah 600,000 orang.

“BERSATU tidak terjejas setakat ini, kita semakin sihat dalam politik negara dan sebenarnya yang agak terdesak adalah kawan-kawan dalam Pakatan Harapan (PH), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Perkembangan politik di negara ini yang memihak kepada parti gabungan kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak secara tidak langsung memberikan kesan positif kepada Bersatu. Di dua PRN tersebut, keputusan yang dihadapi ahli gabungan PH boleh dikatakan bahawa sokongan mereka semakin menurun," katanya. - Getaran, 10 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki