web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Sampai 3 Bulan Dilantik AJK PAS, Khairuddin Dipecat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 6:28PM

Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) parti itu.

Beliau berkata, keputusan berkenaan diputuskan menerusi mesyuarat di Ibu Pejabat PAS di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, Abdul Hadi enggan mengulas lanjut punca sebenar bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu digugurkan daripada kepimpinan tertinggi PAS.

“Urusan itu dikendalikan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Itu biasa dalam parti, tak terpilih dalam muktamar, diberhentikan atau ditukar itu, biasa,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Abdul Hadi menegaskan PAS mempunyai alasan berbuat demikian, termasuk menentukan mana-mana ahli yang tidak mematuhi disiplin boleh dinasihatkan dan ditukarkan jawatan.

Katanya, mereka juga boleh digantung keahlian, mahupun dipecat daripada parti.

Terdahulu, Khairuddin yang tewas dalam pemilihan pusat parti itu dilantik semula ke jawatan tersebut pada November lalu bersama Mohd Zuhdi Marzuki dan Nik Abduh Nik Aziz.

Namun, pengesahan Abdul Hadi itu membuktikan Khairuddin hanya memegang jawatan terbabit kurang daripada dua bulan selepas dilantik. - Getaran, 14 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'