web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Dibiar Sepi, Jelaskan Pemecatan Mohd Khairuddin Kepada Umum - Nik Abduh

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 6:19PM

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemecatan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat perlu dijelaskan kepada umum dengan segera jika ia berkaitan dengan masalah disiplin parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ini kerana Setiausaha  Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menolak alasan pengguguran Mohd Khairuddin atas faktor perselisihan antara Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Buah gugur bila sudah cukup masak atau ditiup angin kuat. Buah juga boleh gugur kerana dipotong atau dibedal dengan galah oleh budak-budak. Gugur mesti bersebab.

“Jika masalah disiplin dalaman, maka penjelasan harus diberikan kepada orang awam, bukan hanya kepada ahli parti sahaja.

“Ia kerana pengguguran itu telah dimasyhurkan kepada orang awam secara rasmi oleh pimpinan parti PAS. Bukan bocor atau viral sahaja,” katanya, hari ini.

Nik Abduh menegaskan penjelasan berkenaan isu tersebut tidak harus diberikan kepada ahli PAS sahaja kerana pengguguran itu telah diumumkan secara rasmi oleh pemimpin parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, tiga pihak juga akan terjejas atau rasa terhiris dengan ‘pencalaran’ tersebut.

“Diri beliau sendiri, para penyokong beliau atau pastinya Majlis Syura Ulamak PAS juga sudah pastinya tercalar.

“Beliau memegang satu jawatan besar yang termaktub dalam perlembagaan PAS.

“Maka, menjadi hak awam, bukan hanya ahli PAS untuk mengetahui sebab pengguguran tersebut. Pengguguran kerana isu disiplin adalah satu pencalaran kepada akhlak berjemaah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar penjelasan pengguguran Mohd Khairuddin sebagai AJK PAS Pusat perlu dilaksanakan segera bagi membina perspektif positif kepada parti yang kini memerintah negara.

“Segala mesti telus apabila melibatkan ahli parti yang memegang amanah rakyat. Beliau adalah wakil rakyat Parlimen Kuala Nerus.

“Apabila seorang orang besar parti mencabar beliau agar menyatakan alasan pengguguran, maka ia adalah buruk dan teruk. Macam tercabar, lalu marah dan tunjuk ‘bekeng’,” katanya.

Sementara itu, Nik Abduh berkata, Mohd Khairuddin adalah pemimpin PAS yang amat kuat menyokong usaha memulihkan hubungan parti itu dan UMNO dalam Muafakat Nasional.

“Mohd Khairuddin adalah antara figura utama pemimpin PAS. Beliau seorang bekas menteri daripada parti PAS. Beliau juga adalah setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS.

“Maka, apabila Setiausaha Agung PAS dengan lantang menolak ia bukannya atas faktor perselisihan antara MN dan PN, ternyata ia adalah disebabkan hal lain. Ia masalah disiplin dalam parti,” katanya.

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan pengguguran Mohd Khairuddin sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) parti itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut punca sebenar bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu disingkirkan daripada kepimpinan tertinggi PAS.

Pada masa sama, Abdul Hadi menegaskan PAS mempunyai alasan berbuat demikian, termasuk menasihati atau menukarkan jawatan mana-mana ahli yang tidak mematuhi disiplin.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, mereka juga boleh digantung keahlian atau dipecat daripada parti.

Mohd Khairuddin ketika mengulas pemecatan beliau pula berkata, penyertaannya dalam PAS bukan atas dasar individu mahupun kepentingan diri namun demi membawa obor Islam.

Katanya, prinsip terbabit merupakan baiah dan aku janji setiap ahli PAS.

Dalam melaksanakan tujuan dan usaha itu, Mohd Khairuddin berkata, seseorang tidak perlu takut dan bimbang terhadap sebarang celaan dan kritikan daripada mana-mana pihak. - Getaran, 18 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 9 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad