web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Khairuddin Berhenti Sementara Dari PAS Tak Masuk Akal - Sanusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 8:22PM

Mohd Khairuddin mengumumkan keluar daripada PAS pada Isnin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali untuk ‘berhenti sementara’ daripada PAS disifatkan sebagai tidak masuk akal oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. 

Malah Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, beliau sendiri tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis apabila mendapat tahu mengenai kenyataan Mohd Khairuddin itu. 

“Mana boleh berhenti lepas itu nak masuk balik? Siapa nak bagi masuk? Lagi pun berhenti sementara tak ada dalam Perlembagaan. 

“Saya tak tahu nak gelak atau nak teriak (menangis) tetapi kalau dia nak main dengan terma, ikut suka dialah.

“Saya tak mahulah mengata ‘kat’ kawan tetapi ini tak masuk akal,” katanya yang turut tertawa sendirian. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut katanya, beliau secara peribadi tidak menjangka Mohd Khairuddin akan meninggalkan parti namun tidaklah merasa terkejut memandangkan sejarah turut membuktikan bahawa Presiden PAS sendiri pernah meninggalkan parti itu. 

“Biasa saja orang keluar masuk tetapi kita tetap berterima kasih atas jasa-jasanya,” 

Sementara itu Muhammad Sanusi tanpa merujuk kepada mana-mana individu berkata, setiap orang yang mahu ‘bermain’ politik perlu memiliki mental yang kental. 

“Kadang-kadang orang ingat dia pandai, itu masalahnya kerana macam dia seorang saja yang pandai dan orang lain tak reti.

“Sebenarnya keputusan kolektif ramai orang lebih baik daripada pandangan satu orang. 

“Masalahnya apabila satu orang itu merasakan dia lebih betul daripada pandangan ramai.

“Orang Kedah kata ‘jem’ la lagu tu. Tak tau nak kata apa dah,” katanya. - Getaran 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia