web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sederhana Dalam Setiap Urusan, Awasi Keadaan Cuaca - Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 May 2022 1:41PM

Rafizi Ramli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan orang ramai agar bersederhana dalam segala urusan dan sentiasa mendapatkan nilai terbaik dalam setiap usaha dilakukan. 

Beliau berkata, ini kerana masyarakat telah melalui tempoh dua tahun yang sukar akibat penularan COVID-19. 

Pada masa sama, mantan Ahli Parlimen Pandan itu juga menjelaskan, rakyat sudah letih dengan banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini.

"Bersederhanalah dalam segala urusan kita dan dapatkan nilai terbaik dalam setiap yang kita usahakan.

“Kalau buat lemang, biar kecil tapi lemak dan enak, kalau baju raya yang tahun lepas (tidak mengapa), asal segak bergaya,” katanya. 

Dalam pada itu, Rafizi berkata, adalah wajar untuk semua pihak melupakan sejenak perkara yang menjadi beban kepada akal dan emosi mereka selama ini. 

"Ini perlu dilakukan agar kita tumpukan kepada perkara penting dalam hidup kita, keluarga tersayang dan mereka yang telah memudahkan hidup kita selama ini," katanya. 

Sementara itu, beliau juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak lupa melihat ramalan cuaca yang telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia). 

Jelasnya, ini perlu dipandang serius memandangkan ada kemungkinan hujan dan ribut dijangka di beberapa negeri pada waktu petang.

"Oleh kerana raya tahun ini datang tiba-tiba dan memang sepatutnya raya sakan, ucapan pun boleh ada dua tiga.

“Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada keluarga, rakan taulan dan semua rakyat Malaysia jauh dan dekat,” katanya. - Getaran, 3 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah