web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin PAS Ziarah Najib Walau Hubungan MN Semakin Retak

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 8:49PM

Abu Kassim (kanan) hadir pada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Najib di Seri Kenangan, Pekan, Pahang. - Gambar dari Facebook Najib Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretakan hubungan antara UMNO dan PAS tidak menjadi penghalang buat pemimpin daripada kedua-dua parti menjalinkan hubungan baik di peringkat negeri.

Perkara itu jelas terbukti selepas pemimpin tertinggi PAS Pekan hadir ke rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung di Seri Kenangan, Pekan, Pahang.

Najib menerusi hantaran di Facebook berkata, kedatangan pemimpin parti itu termasuk Yang Dipertua PAS Pekan, Abu Kassim Manaf telah memeriahkan majlis Aidilfitri berkenaan. 

Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan berharap agar UMNO dan PAS dapat melangkah ke hadapan bersama-sama demi kepentingan rakyat.

"Rumah terbuka hari ini amat meriah. Kehadiran kawan-kawan dan kepimpinan PAS juga menyerikan suasana sambutan raya.

"Salam Aidilfitri kepada YDP PAS Pekan dan rakan-rakan semua. Semoga kita terus melangkah ke depan bersama-sama, mengutamakan kebajikan rakyat sentiasa," katanya, hari ini. 

Pada masa sama, Najib turut berkongsi gambar beliau duduk semeja dengan Abu Kasim dan menghulurkan mangkuk nasi kepada pemimpin PAS terbabit.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan mengakui amat merindui suasana tersebut yang tidak dapat dirasai selama dua tahun. 

"Terima kasih kepada semua yang datang ke rumah terbuka tadi. Tidak sangka begitu ramai. Sambutan amat bermakna hari ini setelah dua tahun kita tak duduk makan-makan bersama.

"Melihat masyarakat berbilang kaum, anak-anak kecil bergembira, menyambut perayaan bersama-sama di sini, betul betul rindulah tak jumpa semua.

"Maaf jika ada sebarang kekurangan atau kesilapan. Yang baik datang dari Allah, yang kurang dari saya sendiri. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada semua,” katanya.

Terdahulu, hubungan UMNO dan PAS semakin akrab selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sehingga kedua-dua parti itu sepakat membentuk persefahaman dan kerjasama yang telah mewujudkan Muafakat Nasional (MN). 

Bagaimanapun hubungan kedua-duanya semakin retak selepas terbentuknya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama-sama BERSATU serta beberapa parti komponen lain.

Perkara tersebut timbul selepas UMNO tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan BERSATU manakala PAS mengambil pendekatan mengekalkan persefahaman dengan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Ketegangan hubungan mereka semakin jelas ketika pilihan raya negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor berlangsung, yang menyaksikan perlawanan antara BN dan PN. - Getaran, 3 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini