web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengundi Hantu Cemari Pemilihan - Norazizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 1:06PM

Norazizi A Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PKR Ranting Rembau berjaya mengenal pasti kewujudan tiga daftar pemilih meragukan di Negeri Sembilan, menjelang pemilihan parti.

Setiausaha PKR Ranting Rembau, Norazizi A Aziz mendedahkan, perkara itu dikenal pasti menerusi penemuan senarai data melibatkan tiga nama yang mempunyai dua nombor anggota dan cara mengundi berbeza.

“Kalau dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dipanggil pengundi hantu tetapi dalam Pemilihan PKR, tak tahulah nak panggil apa. Ini contoh tiga nama yang kami tangkap iaitu Muhammad Filzat Danish Md Sani, Dasaro Rizal Alwi dan Muhd Shuib Ahmad.

“Apa yang peliknya tiga nama ini mempunyai dua nama menerusi carian dalam sistem Pemilihan PKR 2022, melibatkan tempat mengundi berbeza, di samping menggunakan dua nombor anggota dengan satu nama,” katanya hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, PKR Negeri Sembilan mendakwa kemungkinan wujud manipulasi undi pada Pemilihan PKR 2022 menerusi sistem pengundian secara dalam talian yang digunakan.

Beberapa ahli PKR yang enggan dikenali memberitahu, nombor 'One Time Password' (OTP) yang dihantar kepada pengundi bagi tujuan itu boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja.

"Sebagai contohnya, jika seseorang calon tahu mana-mana pengundi yang tidak mahir menggunakan aplikasi itu, mereka boleh 'mempergunakannya'.

"Calon atau sesiapa sahaja boleh meminta nombor OTP dihantar ke telefon bimbit pengundi dan kemudian boleh mengundi untuk mereka yang kurang arif menggunakan telefon pintar," dedah ahli PKR terbabit.

Dalam pada itu, Norazizi menegaskan, surat aduan rasmi telah dihantar kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) baru-baru ini, namun tiada jawapan kukuh yang dapat menyakinkan pihaknya bahawa tiada penipuan berlaku sepanjang Pemilihan PKR.

“Sebelum kita marah penipuan PRU, harap kita selesaikan hal-hal seperti ini terlebih dahulu. Kalau tidak nanti kita yang digelakkan (oleh parti-parti musuh).

“Sebelum ini ada beberapa aduan telah dibuat serta dimaklumkan namun tiada respon yang menyakinkan. Ini ke pengundi meragukan itu (seperti yang dinyatakan oleh calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli),” luahnya.

Sebelum ini, Rafizi mendakwa pihaknya berjaya mengenal pasti kewujudan 54,000 daftar pemilih meragukan di seluruh negara menjelang pemilihan PKR.

Katanya, surat aduan rasmi telah dihantar kepada JJPP pada 12 April lalu bagi memastikan anggota parti yang tersenarai dalam kelompok berkenaan tidak dibenarkan mengundi secara terbuka.

Menurut beliau, perkara itu dikenal pasti menerusi penemuan senarai data melibatkan 1,500 nama pemilih yang didaftarkan hanya bersandarkan satu nombor telefon semata-mata.

Pada masa sama, jelasnya, terdapat juga pendaftaran keahlian parti tanpa nombor kad pengenalan sebenar dan isu keahlian diragui disebabkan anggota parti lain yang dibawa masuk menjadi ahli PKR.

Katanya, proses pendaftaran keahlian parti memerlukan nama dan kad pengenalan diri.

Rafizi bagaimanapun mengakui pihaknya berpuas hati dengan kesungguhan JPP PKR diketuai pengerusinya, Zaliha Mustafa dalam menangani isu dibangkitkan, walaupun mendakwa kekalahannya sebelum ini disebabkan sejumlah 20,000 undi yang “tersangkut” dan tidak dikira JPP. - Getaran, 13 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global